Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Thursday, May 3, 2012

Azmin Saman Utusan RM100 Juta


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali memulakan tuntutan undang-undang ke atas Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama seorang wanita.

 Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, Mohamed Azmin melalui peguamcara Tetuan Edwin Lim suren & Soh menghantar surat tuntutan kepada UMMB bagi meminta Utusan Malaysia menarik balik berita berkenaan, memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta di atas penyiarat laporan itu. "Memandangkan dakwaan ini begitu serius kerana edaran akhbar di seluruh negara, Mohamed Azmin menuntut sejumlah RM 100 juta sebagai ganti rugi. "Beliau memulakan prosiding undang-undang ini untuk membersihkan nama dan reputasinya sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Khamis.

 Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas. Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas. Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

 Siri gambar tersebut kemudiannya dipetik beberapa akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia. Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...