Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, May 19, 2012

Pemain Hoki Dapat RM13,500 Seorang



Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyerahkan imbuhan RM13,500 seorang kepada pemain skuad remaja yang muncul juara Piala Remaja Asia Ke-7 di Melaka, Ahad lalu.

Menurut Tengku Abdullah, jumlah tersebut berdasarkan sumbangan yang diberikan oleh MHC, Majlis Sukan Negara (MSN), Kerajaan Negeri Melaka dan sebuah syarikat korporat menjadikan jumlah keseluruhan RM 265,000.

"Ini adalah pengiktirafan kepada pemain, pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi dan jurulatih, Muhammad Dharmaraj Abdullah yang berjaya menjulang piala ini buat pertama kali," katanya pada majlis penyerahan insentif itu di sini, semalam.

Jelas Tengku Abdullah, pihak pengurusan termasuk pengurus dan jurulatih menerima RM10,500 manakala kakitangan sokongan pula mendapat RM3,000 seorang.

"Saya juga ingin memberi nasihat kepada semua pemain dan pihak pengurusan bahawa kita mempunyai 20 bulan lagi untuk membuat persediaan Piala Dunia Remaja 2013 yang diadakan di India.

"Kita perlu melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal. Ini adalah serius jika kita tidak sedar kita tidak akan ke mana. Kejayaan yang dikecapi memerlukan disiplin agar ia tidak rosak," katanya.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...