Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Drogba tinggalkan Chelsea



Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba mengesahkan akan meninggalkan juara Eropah yang baru, Chelsea selepas kontraknya bersama kelab EPL itu tamat akhir Jun ini.

Drogba menyertai kelab itu sejak 2004 selepas berpindah dari kelab Perancis, Marseille dan telah menjaringkan 157 gol dalam 341 penampilan serta membantu Blues menjulang 10 trofi.

Pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan kelab London dengan cemerlang selepas menjaringkan gol penyelamat ketika menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-juara serta menyempurnakan sepakan penalti untuk penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat selepas masa tambahan.

"Saya mahu menamatkan spekulasi ini dan saya mahu sahkan bahawa saya akan tinggalkan Chelsea," katanya kepada laman web kelab itu.

"Ia satu keputusan yang berat untuk diputuskan tetapi saya bangga dengan apa yang kami capai tetapi inilah masanya untuk saya mencari cabaran baru." - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...