Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, May 16, 2012

Chong Wei pulih, Hafiz cedera



Ada berita baik dan kurang baik diterima skuad badminton negara, tidak sampai seminggu menjelang pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, hujung minggu ini.

Berita baiknya jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sudah sembuh sepenuhnya daripada demam dan selesema yang menyebabkan dia tidak dapat berlepas bersama rakan-rakan sepasukan ke China kelmarin.
Dia dan jurulatih, Tey Seu Bock akhirnya akan berlepas ke China esok.

Ketua pasukan negara itu kembali memulakan latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk beraksi dalam saingan pembukaan Kumpulan C menentang Afrika Selatan, Isnin ini atau berdepan Denmark, Selasa depan.

Begitupun ada berita kurang menggembirakan diterima daripada kem badminton Malaysia yang menjalani latihan pertama di Guangzhou semalam.

Muhammad Hafiz Hashim mengadu masih terasa sakit di tumit kaki kanannya dan tidak dapat menjalani latihan penuh.

Juara All England 2003 itu perlu menunggu sehingga hujung minggu ini untuk mengetahui keadaan sebenarnya. Namun dia tetap bersedia untuk turun dan memberi persembahan terbaik seandainya disenarai dalam pertemuan menentang Afrika Selatan atau Denmark.

"Sesi latihan pertama hari ini berjalan lancar dan semua pemain beraksi dengan penuh semangat berpasukan, ia perkembangan yang amat positif. Begitupun kaki saya masih sakit dan saya hanya boleh menjalani latihan ringan. Saya masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

"Saya kena tengok bagaimana keadaan dalam seminggu ini tetapi kalau saya diperlukan untuk membawa cabaran pasukan, saya akan turun dengan memberi persembahan terbaik, itu janji saya,'' kata Hafiz, yang turut lega kerana cuaca di China tidak begitu sejuk ketika ini dan sesuai untuk memulakan latihan.

Sementara itu jurulatih perseorangan kebangsaan, Seu Bock pula lega kerana sandaran utama negara, Chong Wei menunjukkan tanda-tanda yang amat positif kurang seminggu sebelum Malaysia memulakan kempen Piala Thomas.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...