Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, May 16, 2012

Penamat yang gila - Mancini



Roberto Mancini meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama buat Manchester City selepas 44 tahun apabila menundukkan QPR 3-2 di Eastlands dengan menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘penamat yang gila, pada musim yang gila’.

City menjaringkan dua gol pada masa kecederaan menerusi Edin Dzeko dan Sergio Aguero untuk memastikan kejuaraan musim ini milik mereka melalui kelebihan jaringan daripada Manchester United.
United hampa dalam usaha mempertahankan kejuaraan walaupun turut menang 1-0 ke atas Sunderland.
“Ia adalah penamat yang gila, buat musim yang gila. Saya tidak pernah melihat perlawanan terakhir liga sebegini dramatik.

“Namun akhirnya pasukan yang terbaik memenangi kejuaraan. Apabila anda menewaskan mereka (United) dua kali musim ini, apabila anda menjaringkan lebih banyak gol daripada mereka, maka anda berhak memperoleh kejuaraan.
“Saya amat bangga dengan para pemain saya. Mereka terlalu mahukan kejuaraan dan bekerja keras untuk memperolehnya sehinggalah ke saat akhir perlawanan.

“Menewaskan pasukan yang kuat seperti United, ia sungguh menakjubkan. Ia akan mengubah sejarah kelab ini dan kami perlu bangga dengan pencapaian sebegini," kata Mancini.
Sementara itu, ketua pasukan City, Vincent Kompany menganggap kejuaraan liga kelmarin adalah sesuatu yang menakjubkan di Eastlands.

“Keajaiban berlaku terhadap City. Ini adalah salah satu saat yang amat indah dalam hidup saya namun jangan berlaku lagi seperti situasi ini yang penuh debaran.
“Kami telah lalui musim ini dengan baik dan amat cemerlang ketika di laman sendiri sekali gus mampu memperoleh kejuaraan.

“Kami tidak pernah berhenti untuk percaya kejuaraan bakal menjadi milik kami... tidak pernah sesekali berhenti.
“Apabila kami menjaringkan gol terakhir, ia mengingatkan saya semasa perlawanan menentang Tottenham apabila kami memperoleh kemenangan 3-2 juga pada saat akhir.
“Begitu juga ketika menentang Sunderland yang menyaksikan kami bangkit pada saat akhir untuk seri 3-3. Kami telah melakukannya terlebih dahulu dan kami tidak mempunyai alasan untuk tidak mempercayainya," kata Kompany. - AFP




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...