Didier Drogba berazam menamatkan penantian Chelsea dalam memburu gelaran ‘Raja Eropah’ Ahad ini menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir bola sepak Liga-Juara-Juara.
Drogba mahu menebus kekecewaan pada perlawanan akhir 2008 apabila Chelsea tewas kepada Manchester United di Moscow, malah lebih malang apabila dia dibuang padang kerana menampar pemain pertahanan, Nemanja Vidic ketika permainan diheret ke masa tambahan.
Insiden itu tidak membenarkannya untuk mengambil penalti dan dia hanya dapat menyaksikan rakan sepasukan, John Terry dan Nicolas Anelka gagal menyempurnakan sepakan sehingga membenarkan United menjulang trofi.
‘‘Terlalu banyak kekecewaan yang saya lalui, namun ada juga memori yang menggembirakan dalam perlawanan akhir. Saya akan cuba untuk menjadikan perlawanan akhir ini menarik.
‘‘Selepas kekalahan di Moscow, kebanyakan kami menjangkakan akan layak ke final pada tahun berikutnya, tapi lihatlah bukan mudah untuk sampai ke perlawanan akhir.
‘‘Ini menunjukkan kami sememangnya layak sampai ke peringkat ini (perlawanan akhir) selepas beberapa tahun mencuba. Kami menyempurnakan tugas dengan baik apabila menewaskan Barcelona tetapi masih ada satu lagi tugasan penting selepas ini. Hanya satu perlawanan memisahkan kami dengan kejuaraan,’’ kata Drogba. - AFP
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment