Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, May 16, 2012

Fasha Sandha bunting pelamin


Hampir tiga minggu bergelar isteri, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 28, mengesahkan dia kini telah hamil.

Fasha yang bernikah dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur dalam Twitternya memberitahu bahawa dia bunting pelamin.

"Rezeki daripada Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, alhamdulillah," katanya yang mendapat ucapan tahniah tidak putus-putus daripada peminatnya.

Fasha ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu, dia kini hamil lebih kurang seminggu.

Pasangan yang baru balik daripada berbulan madu di Pulau Redang itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga.

"Soal anak, bila-bila masa sahaja. Kami tidak merancang. Kalau rezeki cepat, kami terima dengan hati terbuka," kata pelakon drama Seindah Sakura itu ketika ditanya tentang anak sebaik sahaja selesai majlis pernikahannya bulan lalu.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu, yang dia sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapatkan cahayamata.
"Alhamdulillah, selain berikhtiar, doa saya dimakbulkan Allah kerana Dia maha mendengar," katanya.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...