Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, May 30, 2011

Happy Besday Qaseh...

Qaseh Airis Marissa

Sabtu baru-baru ni, Qaseh merangkap anak buah aku buat besday party nya buat kali pertama pada umur 1 tahun.. Qaseh juga adalah anak kepada adik perempuan aku yang paling kecik...

Qaseh Airis Marissa

Macam-macam ragam Qaseh ni.. dia laa juara menangis dan juara gelak selebar lebarnya.. haha... apa pun Qaseh memang comel... pipi tembam nk aku gigit2 jek... tapi bahaya kalo dh menangis susah nak pujuk... hehe. Masa nk potong cake tiba2 Qaseh menangis.. adalah yg tak kena tu...

Qaseh Airis Marissa

Qaseh Airis Marissa

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Thursday, May 26, 2011

Harga RON95, diesel, LPG kekal

Puhh nasib baik RON95 tak naik.. best2... kalo boleh tak naik terus.. lagi bagus kalo dapat turun lagi.. hehe



PUTRAJAYA 25 Mei - Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

"Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.

"Namun, jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tidak ditetapkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi (sebanyak RM18 bilion) terhadap bahan bakar ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan spekulasi daripada pihak pembangkang tentang kenaikan harga minyak hingga mencetuskan suasana panik.

"Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Mengulas mengenai pemansuhan pemberian subsidi diesel super kepada beberapa sektor pengangkutan, beliau menjelaskan, pemberian subsidi seharusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan saja dan bukannya untuk semua pihak.

"Sebelum ini lori pengangkut pun kita bagi, tapi lepas ini kita hanya beri kepada yang memerlukan sahaja seperti kenderaan awam, bot-bot kecil dan teksi.

"Hasil daripada penarikan balik subsidi ini, kita berjaya buat penjimatan sebanyak RM700 juta iaitu untuk lori dan bot," katanya.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Wednesday, May 18, 2011

Sungai Tekala

Cuti Hari Wesak baru2 ni aku meluangkan masa bersama keluarga di sungai tekala.

Pada awalnya nampak cuaca sangat cerah.. lepas jejak je kat sg tekala, hujan pun mulai turun. tapi nasib baik xde laa lebat sgt.. kalo lebat sgt kempunan anak aku nak mandi kat sungai, beria2 nk mandi tu..

sekali aku masuk dalam air... Grrrrr... Sejuk oooo

Sungai Tekala

Informasi Sungai Tekala:

- Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta
- Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya. Selain air terjun Sungai Tekala, terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :

Kolam Air Panas Sungai Lalang
Air Terjun Sungai Gabai
Air Terjun Sungai Batangsi.


Sungai Tekala

Sungai Tekala

Sungai Tekala

Sungai Tekala

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: sungai tekala, lokasi sungai tekala, gambar sungai tekala, pusat riadah sungai tekala, map ke sungai tekala, foto sunga tekala, informasi sungai tekala

Saturday, May 7, 2011

Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11?

Cantik tarikh tu....




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila menyatakan ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai angka 11, yang juga nombor kegemaran beliau.

Pada masa sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak pula menafikan atau mengiakan mengenai ramalan bahawa PRU13 berkemungkinan berlangsung pada 11 November ini (11.11.11) disebabkan banyak angka 11 begitu signifikan dengan dirinya.

Sebaliknya, Najib dalam nada bersahaja berkata, penentuan tarikh pilihan raya berdasarkan angka kegemaran, merupakan amalan yang sering digunakan dalam arena politik tanah air sebelum ini.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tidak semestinya pada bulan 11 (November) atau boleh jadi pada 11 hari bulan. Mengenai teka-teki bila pilihan raya, saya rasa elok diteruskan teka-teki ini. Soal bertuah atau tidak angka 11, saya tidak tahu, kita tengoklah dulu.

"Soal tarikh itu (11 November 2011) memang ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya akan berlangsung atau tidak, wallahualam," katanya selepas ke udara secara langsung bersama Krew Pagi Radio Hot FM di Sri Pentas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tarikh bukan persoalan utama tetapi apa yang penting, jentera BN kena buat kerja untuk meyakinkan rakyat bagi memastikan dasar, program, kepimpinan serta cara parti itu mendekati hati rakyat diterima oleh pengundi.

Ditanya sama ada BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh diungkapkan kerana selagi semboyan belum dibunyikan, selagi itu jentera parti perlu bekerja keras bagi menawan hati rakyat.

Terdahulu, ketika ditemu bual oleh penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Farah Fauzana; Faizal Ismail dan Kieran, Najib berkata, kesukaannya pada nombor 11 menyebabkan ramai yang meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 11 November ini.

Katanya, pada tarikh 11 Mac 1922, ayahandanya Tun Razak Hussein lahir; 11 Jun 1933 pula tarikh lahir bondanya, Tun Rahah Noah; tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 hari bulan; UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946; menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. - Sumber Utusan

~ Bajonz ~
~ Photo ~

Jepun Baiki Jalan Raya Dalam Masa 6 Hari

Begitulah kenyataannya... Jepun yang terkenal dengan teknologi canggih berjaya membaiki jalan raya yg rosak selepas bencana alam dalam masa 6 hari jek...



~ Bajonz ~
~ Photo ~

Thursday, May 5, 2011

Naik lagi 20sen


Minyak naik lagi 20sen!!!... cepatnya naik..

Harga petrol RON97 naik 20sen ke RM2.90 seliter berkuatkuasa tengah malam Rabu, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.

Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: minyak naik lagi, ron 97 naik, 20sen, ron naik 20sen, ron 95 naik lagi, harga minyak naik, harga minyak melambung, harga semasa minyak petrol, petrol naik lagi,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...