Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, February 29, 2012

‘Cahaya Malaika’ Nama Anak Mawi & Ekin


‘Cahaya Malaika’, itulah nama yang diberikan oleh Mawi dan Ekin kepada puteri sulung mereka. Menurut Mawi nama itu membawa makna ‘Cahaya Permaisuriku’ dan ia merupakan pilihannya dan Ekin.

“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu,” ulas Mawi.

Sementara itu, Mawi juga diminta mengulas pendiriannya yang tidak mahu berkongsi gambar anaknya kepada pihak media. Jelas bintang Akademi Fantasia ini, ketika ini dia tidak selesa untuk menunjukkan wajah puterinya itu kepada umum.

“Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti,” tambah Mawi yang merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam waktu terdekat ini.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Liyana Jasmay Bakal Bertunang


Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 23, telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan depan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan.

"Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin," katanya.

Sebelum ini, Liyana yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan.

"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.

"Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tuturnya.

Tambah Liyana, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.

Dia juga bersyukur kerana walaupun lelaki pilihannya itu buka daripada kalangan orang seni, dia faham dengan alunan cara kerja Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM) ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Solat Hajat Untuk Azean Irdawaty


Solat hajat untuk memohon agar Allah memulihkan kesakitan penyakit pelakon Azean Irdawaty akan diadakan di tiga buah masjid sekitar Ampang, dekat sini pada Khamis malam (malam esok).

Penganjur majlis berkenaan yang enggan disebutkan namanya berkata, solat berkenaan akan dibuat secara serentak selepas solat Maghrib melibatkan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Kelang, Masjid Taman Dagang Avenue, Ampang dan Masjid Bukit Antarabangsa.

Kata penganjur tersebut, majlis berkenaan akan turut disertai oleh beberapa selebriti tempatan antaranya Datuk Rahim Razali, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Memey Suhaiza, Farhan, Den Wahab, Razali Hussein, Sharifah Sahora, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Ziela Jalil.

“Artis-artis berkenaan akan berada di salah satu daripada tiga masjid tersebut,”

Tambahnya, selain para artis, orang ramai juga dijemput untuk menyertai solat hajat tersebut selain digalakkan memberi sumbangan ikhlas masing-masing untuk majlis berkenaan.

Katanya, selain solat hajat, majlis bacaan tahlil akan turut diadakan untuk para artis dan umat Islam yang telah meninggal dunia.

“Apa yang kami buat ini adalah sebagai satu sokongan kami kepada Azean Irdawaty selain untuk para artis yang telah meninggal dunia,” katanya.

Isnin lalu Azean Irdawaty yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun memohon orang ramai dan sahabat handai supaya memberikan “hadiah” hari jadinya dengan mengadakan solat hajat bagi memohon supaya keadaan kesakitan yang dihadapinya pulih.

Azean mendakwa badannya berasa panas, belakang badan sakit dan juga kakinya menjadi kebas kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, February 28, 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim

Gambar Majlis Perkahwinan Ana Raffali Dan Naim...

Memang menarik gambar-gambar yang diambil oleh JanggutTouch ini. JanggutTouch adalah juragambar rasmi untuk majlis perkahwinan pengantin baru ini...




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan


Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa. Tahniah kepada Mawi dan Ekin..

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.

Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Lee Chong Wei Juara beregu Campuran


Dia menarik diri daripada acara perseorangan lelaki kerana mahu memberi laluan buat pemain muda, namun Datuk Lee Chong Wei tetap terlalu unggul apabila masih mampu menjuarai acara beregu campuran sekalipun tujuan asal penyertaannya hanya untuk berseronok.

Gandingan bersama Vivian Hoo membolehkan Chong Wei melakar kejutan terbesar ke atas beregu No. 1 negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ging pada final Terbuka Selangor di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Chong Wei, yang sudah 10 tahun tidak beraksi dalam acara beregu campuran menang 21-15, 27-25.

Ternyata, kelibat Chong Wei dalam acara baru itu menjadi tumpuan ratusan peminat yang membanjiri stadium.

Dan seperti biasa, dia tidak mengecewakan, malah menghiburkan peminatnya dengan gerakan lincah di gelanggang, pukulan drop shot tajam, smash kencang dan pintar bermain di jaring, cuma bezanya dia tidak bermain keseorangan.

Persembahan Chong Wei - yang kali terakhir beraksi dalam beregu campuran bersama Chin Ee Hui hampir sedekad lalu - tidak kelihatan janggal, sebaliknya seperti beregu profesional.

"Memang tidak menjadi masalah untuk pemain perseorangan beralih ke acara beregu tetapi tidaksebaliknya (beregu kepada perseorangan).

"Kejuaraan Terbuka Selangor memang tidak diduga, lebih-lebih lagi menang ke atas beregu campuran terbaik negara, Peng Soon-Liu Ying.

"Tetapi saya difahamkan Liu Ying mengalami kecederaan pinggang, jadi pergerakannya terbatas dan ini memberi kelebihan kepada saya dan Vivian," kata Chong Wei.

Kejayaan terbaru itu bermakna Chong Wei melanjutkan keunggulan rekod tanpa kalahnya dalam sirkit kebangsaan.

Chong Wei, apabila diajukan soalan sama ada dia pernah mempertimbangkan beralih kepada beregu kelak, menjawab: "Tidak. Saya tidak pernah mengambil serius pasal bermain beregu.

"Niat saya hanya mahu relaks dan berseronok, maklumlah baru kembali dari kelayakan Piala Thomas,'' katanya lagi.

Sementara itu Chong Wei Feng muncul juara perseorangan lelaki selepas menumpaskan Iskandar Zulkarnain Zainuddin 12-21, 21-8, 21-14.

Gelaran beregu lelaki pula milik Koo Kien Keat-Lim Khim Wah yang menumpaskan Tan Wee Kiong-Mak Hee Chung 21-17, 21-19.

Tee Jing Yi meneruskan aksi hambarnya apabila tumpas 21-19, 10-21, 14-21 kepada Lydia Cheah dalam perseorangan wanita.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Azizan dijangka lepaskan jawatan


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka melepaskan jawatannya kerana pucuk pimpinan Pas dilihat akur terhadap tekanan golongan pro-Anwar di dalam parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkara itu boleh berlaku jika melihat kepada semangat puak Anwarinas dan barisan Exco kerajaan negeri yang berusaha keras untuk menjatuhkan Azizan.

''Keadaan itu ditambah dengan strategi tangan ghaib dalam gerakan menjatuhkan Azizan dan diyakini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyelamatkan lagi rakan ulamanya itu, sama seperti beliau akur dengan kemasukan kumpulan pro Anwar dalam barisan kepimpinan parti.

''Selagi Azizan tidak melepaskan jawatan kepada puak penyokong Anwarinas, krisis di Kedah akan berlarutan malah lebih buruk. Dalam hal ini, Abdul Hadi lebih kusut dalam mempertahankan puak ulama,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan Azizan semalam yang yakin tekanan politik dialaminya tidak menggugat kedudukan dan peranannya sebagai Menteri Besar selain terus mendapat sokongan hebat daripada rakyat.

Mohd. Azizuddin melihat situasi itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan 30 hingga 40 peratus pengundi di negeri itu yang terkenal sebagai pengundi atas pagar selain 50 peratus yang merupakan pengundi setia UMNO.

Kata beliau, para pengundi atas pagar dari awal telah kecewa dengan pentadbiran Azizan termasuk aspek kesihatan Menteri Besar itu yang tidak meyakinkan.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, pilihan raya umum akan datang bukan lagi peluang untuk Pas mempertahankan Kedah walaupun hasrat Abdul Hadi dan ulama Pas mahu Azizan terus kekal mentadbir negeri berkenaan.

Jelasnya, isu dalaman Pas Kedah yang melibatkan Menteri Besar itu juga sebenarnya lebih banyak berpunca daripada sikap Azizan sendiri yang gagal dalam banyak perkara dan seharusnya beliau menerima dengan terbuka kejatuhan yang bakal dialaminya.

''Azizan begitu lemah, bukan hari ini sahaja tetapi sejak dari awal pemerintahannya. Kelemahan itu bukan sahaja ditonjolkan oleh puak penyokong Ketua Pembangkang yang berada di dalam Pas bahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut memperakui perkara itu.

''Justeru, Azizan bukan lagi pilihan utama rakyat yang mengimpikan pembangunan,'' katanya.

Azmi berkata, krisis yang melanda di Kedah bukan sahaja menyebabkan Presiden Pas berasa serba-salah terhadap puak ulama tetapi bakal membawa kehancuran parti itu di negeri tersebut.

SUMBER

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Badrolamin undur diri?


KUANTAN - "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok kelmarin.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Badrolamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Badrolamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya, Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak Jaip.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrolamin tiba di pejabat Jaip pada pukul 3.05 petang dengan seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat Jaip pukul 6.20 petang.

Badrolamin berkata beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrolamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.

Sebelum itu, Mohd Ghazali dilaporkan berkata Badrolamin diminta tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes itu.

"Ia merupakan prosedur biasa dalam kes seperti itu dan disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya.

Menurut laporan media, Badrolamin ditangkap bersama wanita itu yang bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kolej.

Bagaimanapun Badrolamin dilaporkan menafikan beliau telah ditangkap berkhalwat serta mendakwa insiden itu adalah tindakan terancang untuk memerangkap serta mengaibkannya.

Beliau juga mendakwa dipukul lebih kurang 20 lelaki "ala samseng" pada pagi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihak polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian Badrolamin dipukul. - Bernama

SUMBER

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Video Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani

Video Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani ..








~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, February 27, 2012

Gambar Hantaran Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

Ini adalah gambar-gambar rekaan yang kreatif untuk hantaran perkahwinan mereka berdua. Sesiapa yang nak kahwin nanti boleh cuba ambil konsep rekaan hantaran ini :)




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar Hantaran Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani, foto Hantaran Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani, video Hantaran Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani, rekaan Hantaran Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani, contoh Hantaran Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

Gambar Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani di PICC

Gambar-gambar Perkahwinan Yusri dan Lisa Surihani ini berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Selamat Pengantin baru Yusry dan Lisa. Semoga bahagia hingga akhir hayat..




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani, foto perkahwinan Yusry & Lisa Surihani, foto persandingan Yusry & Lisa Surihani 2012, gambar persandingan Yusry & Lisa Surihani, video persandingan Yusry & Lisa Surihani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...