Namun, percaturan itu memakan diri apabila Jepun yang membariskan barisan terkuat menewaskan skuad negara yang tampil tanpa kelibat kapten Lee Chong Wei, 3-0.
“Walaupun kami menampilkan barisan kedua, saya gembira kerana berjaya memberi tentangan sengit kepada Jepun terutama Liew Daren yang bersemangat ketika berdepan Kenichi Tago.
“Jadi, ini petanda positif dan mencapai matlamat kami untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada mereka,” kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.
Kekalahan itu menyaksikan skuad negara akan menentang Indonesia dalam penentuan tempat ke-3/4 hari ini selepas lawan itu turut tewas dengan keputusan sama kepada China dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.
Walaupun rekod pertemuan dengan Sho Sasaki memihaknya, Hafiz Hashim yang menggantikan Chong Wei sebagai perseorangan pertama gagal menyempurnakan tugasnya apabila tumpas kepada lawan itu 19-21, 16-21 dalam 37 minit.
Bangkit memenangi set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan, ia belum cukup membolehkan pasangan muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem yang mengambil alih tugas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menewaskan Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 11-21, 21-11, 18-21.
Ketinggalan 0-2, Liew Daren tetap tampil bersemangat apabila memberi tentangan kepada Kenichi Tago tetapi ia belum cukup untuk menyekat Jepun daripada meraikan kemenangan apabila tunduk 28-30, 19-21 dalam 59 minit.
“Saya cuba beri tentangan tetapi Tago membalas setiap pukulan. Namun, saya akui saya tampil dengan aksi lebih kemas berbanding sebelum ini kerana tidak tertekan,” kata Daren.
KEPUTUSAN
Separuh Akhir Piala Thomas
MALAYSIA 0 Jepun 3
Perseorangan pertama
Hafiz Hashim kk Sho Sasaki (19-21, 16-21)
Beregu pertama
Lim Khim Wah-Goh V Shem kk Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto (11-21, 21-11, 18-21)
Perseorangan kedua
Liew Daren kk Kenichi Tago (28-30, 19-21)
JADUAL HARI INI
PIALA THOMAS
Penentuan Tempat 3/4 - MALAYSIA mln Indonesia, 1.30 petang
Penentuan Tempat 5-8, 9 pagi
PIALA UBER
Final - China mln Jepun, 6.30 petang
Penentuan Tempat 3/4 - Thailand mln Taiwan, 1.30 petang
Penentuan Tempat 5-8, 9 pagi
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment