Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, February 11, 2012

Gman Tersingkir Raja Lawak 6


Kumpulan Gman menjadi mangsa penyingkiran ketiga gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu kelima yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

Kumpulan yang dianggotai Lokman Hakim Mat Shum dan Mohammad Aizat Ahmad Nazri mendapat 6.5 peratus undian.

Dua lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah adalah kumpulan Skema dengan 7.8 peratus dan Riki (8.1).

Lapan lagi peserta yang akan meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah Albob, 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Shiro, Riki dan Selak.

Minggu kelima RL6 mengangkat tema 'Muzikal'.

Terdahulu, kumpulan King, Ketupat dan peserta solo Kodan tersingkir pada minggu ketiga dan keempat.

Masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton, para peserta mendapat bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

RL6 diterajui oleh pasangan pengacara Johan dan Zizan dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...