Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, February 9, 2012

Foto rakaman seks di majalah lucah Jepun


Foto rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiarkan sebuah majalah lucah di Jepun.

Menurut blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ imej keratan majalah memuatkan kisah seks serta paparan foto itu telah dihantar kepadanya melalui e-mel oleh seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Zamz dari Toyohashi, Jepun.

Bagaimanapun blog berkenaan tidak dapat memastikan sama ada Zamz itu merupakan pelajar ataupun pekerja.

"Kata Zamz, dia ditunjukkan oleh rakannya (berbangsa Jepun) mengenai cerita atau foto kegiatan seks pemimpin politik Malaysia yang disiarkan oleh majalah lucah di Jepun," kata blog itu lagi.

Isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu mula tercetus apabila trio 'Datuk T' mendedahkannya kepada pihak media pada 21 Mac tahun lalu dan kemudian rakaman video berkenaan mula tersebar di blog-blog politik tempatan.

Sahabat Zamz bertanya kepadanya, adakah itu ciri-ciri pemimpin dan kualiti seorang rakyat Malaysia yang cukup hebat bercakap mengenai Islam dan tamadun?

Menurut blog itu, Zamz terkedu kerana foto-foto tersebut telah membuatkan maruahnya jatuh sebagai orang Melayu yang beragama Islam. - Utusan

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...