Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, December 31, 2011

Osbon Dapat RM350,000, Boboi Raih RM250,000

Memang kelakar malam tadi final maharaja lawak mega. saper tak tengok rugi... kelakar abis boboi dan osbon. lagi 2 kumpulan kurang kelakar.. Tahniah kepada Osbon menjuarai maharaja lawak mega... memang Abon paling lawak..


Kumpulan paling popular dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulan Boboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 diikuti set meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.

Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).

Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.

Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.

Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.

Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha).

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, December 30, 2011

Video Osbon Maharaja Lawak Mega


Ni pula himpunan video osbon maharaja lawak mega dari munggu pertama sampai sebelum final. Osbon makin lama makin panas... jom tengok... lawak bro.. Aku rasa minggu ke 4 paling lawak.























~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


Google: Video osbon maharaja lawak mega, gambar osbon maharaja lawak mega, youtube osbon maharaja lawak mega, 3gp osbon maharaja lawak mega, final osbon maharaja lawak mega

Video Boboi Maharaja Lawak Mega


Sesiapa yang sebelum ni banyak terlepas boboi punya lawak. boleh tengok video kat bawah ni.. dari minggiu pertama sampai minggu terkahir sebelum final.. layan... best bro...lawak bro..





















~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: boboi maharaja lawak mega, boboi video, boboi mlm, boboi juara, beboyot, boboiboy..

Keputusan Final Maharaja Lawak Mega 2011

Akhirnya sampai final juga Maharaja lawak mega ni aku layan. Pada mulanya Maharaja Lawak Mega (MLM) memang agak membosankan. mungkin orang kata, orang lama lambat panas.. tapi ada juga yang tak panas-panas pun..


Mungkin bagi orang lama ni masa yang pendek tu tak cukup utk diorg keluarkan lawak yg mengelakarkan.. ada aku tengok, orang yang tak patut masuk MLM ni pun dapat masuk juga.. tu yang kadang2 keluar lawak ntah pekebenda laa.. bagus lagi lawak dalam raja lawak.. pelawak muda ni idea diorg lagi bagus dan fresh...


Apa pun Pemenang dan juara bagi Maharaja Lawak mega akan diketahui malam ini. Siapa yang korang rasa akan menang? Boboi? Osbon? Saehu? Syok? Bagi aku rsanya Boboi ada peluang untuk menang dengan diikuti rapat oleh Osbon...


Dari awal episod MLM aku memang tak tahan gelak lawak Boboi... ekekeke.... Jom saksikan malam ini... Final Maharaja Lawak Mega

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: maharaja lawak mega minggu ke 7 full,maharaja lawak mega 7,youtube maharaja lawak mega minggu 7,maharaja lawak mega minggu ke 7, maharaja lawak mega final, akhir maharaja lawak mega, final maharaja lawak mega, maharaja lawak mega video final, boboi juara maharaja lawak mega, osbon maharaja lawak mega, gambar final maharaja lawak mega, Live Streaming Maharaja Lawak Final, Juara Maharaja Lawak Mega | Video Youtube Maharaja Lawak Mega Final, tarikh final maharaja lawak mega, status sms Maharaja Lawak Mega, status undi terkini Maharaja Lawak Mega

7 Fesyen Terhancur Selebriti Wanita Malaysia Tahun 2011

Ini antara fesyen2 pilihan abg nara dari Beautiful nara . Macam2 fesyen laa artis ni - ada yang terlebih seksi, merapu2 pun ada. Layan mari tengok korang setuju tak? aku macam setuju jek.. hehehe...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Ombak Rindu - Free Download!!!


Sesaper nak tengok Ombak Rindu secara percuma boleh download kat sini...

Ombak Rindu Download Percuma

Saper minat boleh laa try download. Selamat mendownload..




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: free download ombak rindu, download percuma ombak rindu, video youtube ombak rindu, video percuma ombak rindu, kupasan ombak rindu, review ombak rindu

Thursday, December 29, 2011

Pemandangan Indah Seluruh Kuala Lumpur

Begitu indah dan mempesonakan pemandangan Kuala lumpur from Haven Restaurant. Pemandangan pada waktu siang nampak biasa sahaja, tetapi bila malam cukup indah, dengan tegak berdirinya KLCC disitu dikelilingi cahaya-cahaya lampu bangunan dan jalan2 - cukup menarik.

KL View

Pada hari aku ke sana bersama family, hari hujan - memang pemandangan terhad. Tapi Alhamdulillah tepat jam 8 malam hujan pun berhenti dan satu pemandangan yang cukup mengagumkan..

Jika anda ada masa terluang, bawalah family ke sana . tapi jangan lupa bawa camera sekali - itu penting untuk merakam detik2 penting.. elakkan pergi waktu hujan, nanti pemandangan kabur, susah nak ambil gambar.. kabus boleh tahan tebal..

Lokasi the Haven Restaurant ini terletak di atas bukit yang tinggi..



Lot 1A, 1B
Pusat Pelancongan Menara Tinjau
Jalan Ampang - Hulu Langat,
43100 Bukit Langat, Selangor


For Bookings / Enquiries, contact:
Anan: 016-2323 999

Atau layari website ini

http://lookoutpoint.com.my/ 
http://www.havenrestaurant.com.my/

kawasan yang dikenali sebagai look out point - terdapat banyak restaurant disitu... jgn tak pergi...


pemandangan waktu siang




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: view of kl, view of kuala lumpur, pemandangan kuala lumpur, tempat menarik di kuala lumpur, view of klcc, panorama of kl, panoramic view of KL, look out point ampang kl, gambar seluruh kl, gambar kuala lumpur, lokasi tangkap gambar seluruh kl, lokasi menarik di kuala lumpur, lokasi menarik di malaysia, view menarik seluruh kl, gambar seluruh kuala lumpur

Bersara jika gagal ke Olimpik


Beregu negara Chin Ee Hui-Wong Pei Tty mungkin menggantung raket jika gagal layak ke Olimpik London tahun hadapan.

Bekas beregu wanita No. 1 dunia itu yang kini berada pada ranking ke-20 ekoran kecederaan lutut Pei Tty, bagaimanapun akan berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai masa depan mereka.

"Usia kami semakin meningkat. Jika BAM masih perlukan khidmat kami, mungkin kami boleh bermain untuk setahun dua lagi.

"Selepas Olimpik London tahun hadapan, kami berharap dapat menjadi jurulatih," kata Ee Hui semalam.

Hanya 16 regu terbaik layak beraksi pada Olimpik London yang akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

Pei Tty, 30, dan Eei Hui, 29, menduduki ranking pertama dunia pada Mei 2009 selepas merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia tahun tersebut.

Mereka baru kembali daripada menyertai kejohanan Terbuka India minggu lepas dan sekadar mara ke separuh akhir.

Gandingan itu juga pernah beraksi dalam dua Olimpik sebelum ini, di Athens pada 2004 dan Beijing pada 2008, tetapi tersingkir pada pusingan awal.

Mereka memenangi emas Sukan SEA di Filipina pada 2005, juga pada Sukan Komanwel di Melbourne 2006.

Eei Hui dan Pei Tty akan memulakan kempen tahun 2012 dengan menyertai Siri Super Terbuka Korea dari 3 hingga 8 Jan sebelum beraksi dalam Super Siri Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Perkahwinan kini kian rapuh


-Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.

-Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.

-Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.

-Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, December 21, 2011

Saya Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian (Pemuda Kahwin Lelaki)


KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Lagi Gambar tentang Pemuda melayu kahwin lelaki

Sumber - MyNewsHub

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, December 17, 2011

GAMBAR Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?

Apa laa nak jadi dengan dunia sekarang. Semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu seperti ini keluar. Harus ditangkis sebelum budaya ini sampai ke Malaysia... Geli plak aku tengok gambar ni.. :)


Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya denganseorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar perkahwinan pemuda melayu, foto perkahwinan pemuda melayu, lelaki kahwin dengan lelaki, gambar kontroversi lelaki kahwin lelaki, gambar pemuda melayu kahwin sejenis, kahwin lelaki eropah kecoh, lelaki sama lelaki berkahwin, pemuda melayu kawin lelaki di ireland, Ariff Alfian Rosli kahwin lelaki, Ariff Alfian Rosli kahwin sejenis, gosip Ariff Alfian Rosli

Gaji RM2,600 sebulan untuk pemegang ijazah sarjana


Kebanyakan pemegang ijazah sarjana muda yang bakal bekerja menjangkakan gaji mereka adalah sekitar RM1,800 hingga RM2,600 sebulan, menurut kaji selidik terbaru Jobstreet.com.

Manakala bagi pemegang diploma, gaji yang diminta adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.

Menurut kaji selidik itu, dari jumlah 1,830 lepasan universiti berkata, mereka memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.

''Terdapat 29 peratus responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.

''Realiti sebenarnya, sebanyak 54 peratus pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35 peratus lagi kurang dari RM1,800 sebulan.

''Manakala sebanyak 37 peratus pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan,'' katanya.

Sementara itu, lepasan universiti tersebut berkata, sebab utama menyebabkan mereka tidak diterima bekerja adalah persaingan sengit (32 peratus) diikuti oleh kekurangan kemahiran yang diperlukan (31 peratus).

Sebanyak 23 peratus daripada responden merasakan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris dan selain skil komunikasi rendah (22 peratus) merupakan antara sebab kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan.

Dari segi mendapatkan pekerjaan, sebanyak 74 peratus dari 773 lepasan universiti yang sedang bekerja berjaya memperoleh pekerjaan kurang dari tiga bulan dan 16 peratus menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Bagi mereka yang tamat pengajian pada 2011, 65 peratus pemegang ijazah sarjana muda dan 59 peratus pemegang diploma masih belum bekerja dan 70 peratus dari mereka baru sahaja menamatkan pengajian tiga bulan lalu.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, December 14, 2011

Honda EX5 untuk dijual - SOLD

SOLD / DAH di JUAL YE........... :)



Aku dengan rela hatinya ingin menjual motor yang telah banyak berjasa kepada aku dulu - masa study dan mula kerja..

Sampai masanya sudah aku nak jual motor ni - daripada jadi besi buruk baik aku jual...

- Harga RM1200. tahun 1993
- Road Tax dah setahun lebih mati. Geran ada - nama aku sekarang.
- Motor dah hampir setahun tak start. So sekarang aku rasa tak boleh start - yela dah lama tak start. Masa sebelum tu motor enjin tip top. Bila tayar pancit, aku malas hantar kedai.. hehehe.. terus tak start motor..



Kalo korang tengok kat mudah.my - motor lama2 mahal juga diorg jual, tapi motor elokla.. Ada aku jumpa tahun sebaya motor aku, harga jual diorg mencecah antara RM 1700 - RM 2300. Barang antik kot, patut mahal.. hehehe.

Tu pasal aku nak jual murah RM1200. Mana ada yang cacat cela tu korang repair laa sendiri.. Aku rasa repair pun tak banyak... lelong-lelong sementara motor masih ada.. hehehe...

Yang berminat boleh contact -DAH Dijual. Jualan hujung tahun. Nak contact tanya pasal pakej photographer kahwin/tunang pun boleh... hehehe...

Gambar motor Honda EX5 tahun 1993 yang nak dijual tu:



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, December 12, 2011

Chef Riz dah kahwin

Chef Riz yang terkenal dalam rancangan MasterChef telah pun selamat berkahwin...


Dengan hanya sekali lafaz, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 30, kini sah bergelar suami kepada pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 28, tepat jam 12.20 tengahari tadi.

Memilih 11 Disember 2011 sebagai tarikh pernikahan, pasangan selebriti ini dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Tuan Haji Nawi Osman dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta sebentuk cincin.

Juri program Master Chef Malaysia menerima 15 dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas 10 dulang daripada pihak lelaki.

Sementara itu, Ana Dahlia turut menerima wang hantaran berjumlah RM20,000.

Pasangan mempelai ini mengikat tali pertunangan pada 5 Oktober lalu dan akan diraikan dalam dua majlis resepsi berasingan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Manakala, majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang pada 18 Disember ini.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.

Sementara pihak perempuan menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, December 11, 2011

Gambar Gerhana Bulan Penuh

Gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi. Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini. Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.





~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: gerhana bulan penuh, gambar gerhana bulan, tarikh gerhana bulan penuh, video gerhana bulan, foto gerhana bulan 2011, informasi gerhana bulan 2011, lokasi gerhana bulan

Wednesday, December 7, 2011

Gambar Proton Saga FLX SE 1.6

Model terbaru dari proton - Proton Saga FLX SE.

Harga Proton Saga FLX SE RM49,449 . Digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar. kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Proton Saga FLX SE Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan – Putih dan Merah – Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu

Untuk keterangan lanjut layari http://www.epicsaga.com.my/






~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar Proton Saga FLX SE, harga Proton Saga FLX SE, spesifikasi Proton Saga FLX SE, video Proton Saga FLX SE, tempahan Proton Saga FLX SE, foto Proton Saga FLX SE, masalah Proton Saga FLX SE, lokasi Proton Saga FLX SE, features Proton Saga FLX SE, terbaru dalam Proton Saga FLX SE 2011, Proton Saga FLX SE 2011, downpayment Proton Saga FLX SE, komen Proton Saga FLX SE, komplain Proton Saga FLX SE

Saturday, December 3, 2011

Video Banjir di Kajang

Video-video kejadian banjir besar di Kajang semalam... zasss jom tengok dan renung-renungkan...















~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: video banjir di kajang, kajang banjir besar, kajang tenggelam dalam air, gambar banjir di kajang, bah di kajang, aksi cemas semasa banjir, banjir surut di kajang, youtube banjir kajang

Gambar Kejadian Banjir Besar di Kajang

Berikut adalah gambar-gambar banjir besar yang berlaku di Kajang, semalam 2/12/2011... Nasib baik kat tempat aku banjirnya tak mcm ni...



Lepas Banjir




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar banjir di kajang, kajang banjir, banjir 2011, kajang banjir teruk, foto banjir di kajang, kajang banjir 2011, video banjir kajang, berita banjir di kajang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...