Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, December 29, 2011

Bersara jika gagal ke Olimpik


Beregu negara Chin Ee Hui-Wong Pei Tty mungkin menggantung raket jika gagal layak ke Olimpik London tahun hadapan.

Bekas beregu wanita No. 1 dunia itu yang kini berada pada ranking ke-20 ekoran kecederaan lutut Pei Tty, bagaimanapun akan berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai masa depan mereka.

"Usia kami semakin meningkat. Jika BAM masih perlukan khidmat kami, mungkin kami boleh bermain untuk setahun dua lagi.

"Selepas Olimpik London tahun hadapan, kami berharap dapat menjadi jurulatih," kata Ee Hui semalam.

Hanya 16 regu terbaik layak beraksi pada Olimpik London yang akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

Pei Tty, 30, dan Eei Hui, 29, menduduki ranking pertama dunia pada Mei 2009 selepas merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia tahun tersebut.

Mereka baru kembali daripada menyertai kejohanan Terbuka India minggu lepas dan sekadar mara ke separuh akhir.

Gandingan itu juga pernah beraksi dalam dua Olimpik sebelum ini, di Athens pada 2004 dan Beijing pada 2008, tetapi tersingkir pada pusingan awal.

Mereka memenangi emas Sukan SEA di Filipina pada 2005, juga pada Sukan Komanwel di Melbourne 2006.

Eei Hui dan Pei Tty akan memulakan kempen tahun 2012 dengan menyertai Siri Super Terbuka Korea dari 3 hingga 8 Jan sebelum beraksi dalam Super Siri Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...