Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, December 17, 2011

GAMBAR Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?

Apa laa nak jadi dengan dunia sekarang. Semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu seperti ini keluar. Harus ditangkis sebelum budaya ini sampai ke Malaysia... Geli plak aku tengok gambar ni.. :)


Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya denganseorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: gambar perkahwinan pemuda melayu, foto perkahwinan pemuda melayu, lelaki kahwin dengan lelaki, gambar kontroversi lelaki kahwin lelaki, gambar pemuda melayu kahwin sejenis, kahwin lelaki eropah kecoh, lelaki sama lelaki berkahwin, pemuda melayu kawin lelaki di ireland, Ariff Alfian Rosli kahwin lelaki, Ariff Alfian Rosli kahwin sejenis, gosip Ariff Alfian Rosli

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...