Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, September 26, 2012

R&R Gunung Semanggol arah selatan ditutup



Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) arah selatan Gunung Semanggol di Km 194.6 Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup selama lima bulan bermula hari ini sehingga 24 Feb depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf R&R itu.

Menurut kenyataan Plus Berhad hari ini semua gerai-gerai makanan dan minuman di kawasan tersebut ditutup kecuali surau, stesen minyak, restoran makanan segera, tandas awam dan motel.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi PLUS di talian 1800880000. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Pilihan Raya Kampus: Pro-Aspirasi Catat Kemenangan Besar



Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa telah menang besar dalam pilihan raya kampus di tujuh daripada 15 buah universiti awam pada Selasa.
Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Sementara di Universiti Malaya (UM), Aspirasi Mahasiswa yang juga dikenali dengan nama Pro-Aspirasi telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka iaitu Pro Mahasiswa atau Pro-M.
Aspirasi memperolehi 21 kerusi manakala Pro-M pula 20 kerusi. Dua buah kerusi lagi di UM terpaksa menjalani proses undian semula esok (Rabu) kerana keputusan adalah seri.
UM memang dikenali sebagai kubu kuat Pro-M sebelum ini.
Di UPM, Pro-Aspirasi telah memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan, di UUM 34 kerusi daripada 36; di Unimas kesemua 12 kerusi; di UPSI 25 daripada 29 kerusi; di UMP 22 daripada 24 kerusi; di UMT 18 daripada 20 kerusi dan di UPNM pula mereka menang kesemua 14 kerusi.
Sehingga berita ini ditulis pada jam 8.45 malam, lain-lain keputusan di tujuh buah universiti lagi iaitu Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Universiti Malaysia Sabah(UMS); Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih belum diketahui.
Sementara itu di UIAM, laporan terbaru yang diterima mengatakan kiraan undi di kesemua 31 kerusi yang dipertandingkan tidak dapat dilakukan kerana kerosakan kepada sistem undian elektronik yang baru diperkenalkan tahun ini.
Oleh yang demikian undian akan dijalankan semula esok.
Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).
Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, September 24, 2012

Chong Wei, beregu campuran juarai Terbuka Jepun



Datuk Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand 21-18, 21-18 untuk membolehkan pemain nombor dua dunia itu menjulang kejuaraan badminton Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Kejayaan Chong Wei turut diiringi beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan beregu Indonesia, Muhammad Rijal-Liliyana Natsir 21-12, 21-19.

"Ini adalah kejohanan pertama saya selepas Olimpik London. Saya saya gembira apabila bermula dengan kemenangan. Sekurang-kurangnya kejayaan ini mengubat kekecewaan saya (di London)," kata Chong Wei yang turut memenangi kejohanan itu pada 2007 dan 2010.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, September 22, 2012

Kontrak Butler tamat



Malang bertimpa buat jurulatih Terengganu, Peter Butler apabila dia bukan sahaja digantung selama enam bulan tetapi mungkin terpaksa meninggalkan skuad Penyu lebih awal daripada yang dijangkakan.

Ini kerana kontrak Butler mungkin terbatal secara automatik kerana mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pemain dan pegawai akan terbatal kontrak jika mereka digantung lebih 30 hari.

Semalam, Butler menerima surat rasmi mengenai penggantungannya daripada Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh pukul 11 pagi.

Abdullah ketika dihubungi memberitahu, surat itu diserahkan sendiri kepada jurulatih itu di pejabat PBSNT di sini.

Jelas Abdullah, riak wajah Butler berubah sebaik sahaja membaca surat tersebut kerana menyangka ia hanya berkaitan isu penggantungan, pemotongan gaji serta denda sebanyak RM4,000 yang dikenakan oleh PBSNT sebelum ini.

"Dia (Butler) seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa kontraknya mungkin akan ditamatkan lebih awal iaitu 30 hari selepas dia digantung.

"Ini Berdasarkan peraturan FAM selepas 30 hari, kontraknya tamat secara automatik," ujar beliau.
Di Kuala Lumpur, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika dihubungi mengesahkan mengikut peraturan FAM, para pemain, jurulatih serta pegawai pasukan yang digantung melebihi tempoh 30 hari secara automatiknya akan ditamatkan.

Tambah Abdullah, Butler juga ada memberitahunya akan berjumpa dengan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalannya, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Butler dikenakan hukuman tersebut setelah didapati bersalah membuat kenyataan kepada media mengenai dua pemain skuad Penyu tanpa kebenaran PBSNT


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Malaysia tidak dapat tambahan kuota haji

Makkah-Panorama

Malaysia termasuk dalam senarai 40 negara yang tidak mendapat tambahan kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan penambahan kuota itu disebabkan keputusan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan hanya satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara dibenar menunaikan ibadah haji.

"Semua negara diberi kuota sebanyak satu peratus daripada jumlah penduduk bagi setiap negara... Kita ada 28 juta orang rakyat bermakna kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan seramai 28,000 orang jemaah sahaja daripada negara kita," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil ke-22, di sini.

Katanya Malaysia memohon penambahan kuota sebanyak 10,000 memandangkan jumlah yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji kini mencecah 982,000 orang.

Pada 12 Sept lalu, Tabung Haji menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kuota sebanyak 10,000 orang jemaah haji Malaysia untuk tahun ini. - BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Shila Amzah juara Asian Wave 2012



Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji penyanyi Shila Amzah dan menganggap dia layak diangkat sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu.
Sharnaaz, 27, berkata, kejayaan tersebut adalah ganjaran Tuhan atas kerja keras Shila selepas 12 tahun bergelar artis serta kesungguhannya membuat persiapan termasuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.
"Dia (Shila) memang berhak diangkat sebagai juara pertandingan itu. Saya berbangga kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini terbayar dengan kemenangan itu.
"Mungkin ini adalah ganjaran daripada Tuhan untuk dia yang sering dikutuk dan dipertikaikan itu dan ini oleh segelintir pihak di laman Twitter sebelum ini," 
Sharnaaz berkata, dia yang menerima berita itu daripada panggilan telefon ibu Shila, Fauziah Sarman pada malam Khamis, berharap kejayaan itu akan menjadi motivasi untuk kekasihnya lebih fokus pada bidang nyanyian selepas ini.

“Saya sudah tidak sabar untuk menanti dia pulang ke Malaysia pada 26 September ini. Apa yang saya harapkan kejayaan ini akan membuatkan Shila lebih fokus dan berjaya dalam nyanyian.
“Keberanian dia menyanyi di depan penonton asing dan kesungguhannya sejak dulu lagi begitu membanggakan saya secara peribadi,” katanya.
Mengenai persembahan Shila dalam pertandingan itu yang dimuat naikkan di laman YouTube, Sharnaaz berkata, dia menggemari nyanyian gadis berusia 22 tahun itu ketika menyampaikan lagu Grenade nyanyian asal Bruno Mars.
"Saya kagum dengan persembahan Shila mendendangkan lagu Bruno Mars bertajukGrenade. Kesungguhannya di atas pentas ketika menyampaikan lagu itu layak dipuji," katanya.
Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).
Pada peringkat awal pertandingan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu, Shila mempersembahkan lagu popular Adele, Set Fire to the Rain dan lagu Mandarin Forever Love (Wang Lee Hom) di samping 30 peserta lain.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Pakej Photography Perkahwinan Terhebat

Bajonz Photography menawarkan pakej photography untuk perkahwinan dan pertunangan dengan harga yg terhebat.. 

Utk maklumat lanjut >> klik SINI <<

Tempahan/booking utk tahun 2013 juga telah dibuka :)

Jangan lupa LIKE sini juga




Mun & Fakh Ain & Aril Yuliana & Rizwan


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, September 21, 2012

Segmen : Blogwalking Sambil Follow 1 Malaysia


SYARAT-SYARATNYA:
  • FOLLOW BLOG FATIN - klik banner atas tu
  • TERJAH >SINI< DAN >SINI<
  • KLIK >SINI< , >SINI<, >SINI< DAN >SINI< *tunggu sehingga habis loading *UPDATE!!
  • Buat entri ' SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL FOLLOW 1 MALAYSIA '
  • COPY BANNER DAN LINKKAN KE ENTRY NI
  • TULIS BERAPA FOLLOWER KORANG DAN BERASAL DARI MANA
  • HANTAR LINK ENTRY KE KOTAK KOMEN SHJ

Lagi informasi klik sini

Followers sekarang ada 268 shj. Asal N9. sila la follow ye.. hehe..

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Blog Review by Fatini Irdina

Rasa rajin plak malam ni join segmen2 mcm ni... hehe.

Jom try join cuba segmen ni..



Syarat-syaratnya ialah:
1. Follow blog Fatini. *untuk update terkini*
2. Like fanpage Fatini*tak diwajibkan*
3. Klik sini*tunggu sampai habis loading*
4. Buat satu entry yang bertajuk "Blog Review by Fatini Irdina".
5. Lekatkan banner hodoh di atas pada entry dan linkkan ke entry ni.
6. Tinggalkan link entry anda ke ruangan komen entry ini. *tempat lain takkan dilayan*

DUE DATE: 25 SEPTEMBER 2012 | 11:59 a.m


NOTICE BOARD
*Kesemua blog yang join akan dimasukkan ke dalam BLOGLIST TERHEBAT
*Tiga top referral akan mendapat topup sebanyak RM5 seorang.
*Blog korang terus direview sebaik sahaja segmen tamat.

JOMLAH JOIN RAMAI-RAMAI!!


maklumat lanjut klik banner pink kat atas tu atau klik sini


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Jom tingkatkan followers sampai lebam



Jom Tingkatkan followers sampai lebam.. mudah je...


Entry dari Pengajur
Syarat syarat ?  

Uhuk jangan risau , mudah saja .

Buat satu entry " Jom tingkatkan followers sampai lebam " -letak banner kat entry
 Letak jumlah followers korang * yang sekarang * - terpulang nak printscreen ke hape ke .
 Letak link entry yang korang buat kat dalam kotak komen di bawah ni .
 Last , follow blog wa *malu* - semua peserta akan difollow back .



Senang Baca lagi kat sini


Sikit je followers... hukhuk.. follow la blog saya :) nanti sy follow balik

Adoi.. LEBAM.. hihi.. Meh follow me..

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, September 18, 2012

Berakhirnya penguasaan Nicol dalam Terbuka Malaysia



Selepas tujuh kali berturut-turut mengungguli kejuaraan CIMB Terbuka Malaysia, penguasaan Datuk Nicol David akhirnya tersekat selepas mengalami kekalahan mengejut kepada bintang muda Mesir, Raneem El Weleily di The Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Nicol, 28, yang bergelut sejak hari pertama kejohanan akhirnya tidak mampu menyembunyikan kelemahannya apabila tunduk 10-12, 13-11, 9-11, 2-11 kepada Raneem, 23, yang semakin mempamerkan peningkatan sejak melonjak ke rankingNo. 2 dunia, awal bulan ini.

Biarpun menerima sokongan padu penonton dan mempunyai beberapa motivasi untuk memenangi perlawanan semalam, namun Raneem berjaya memerangkap Nicol menerusi drop dan voli drop yang cantik.

Selepas mengharungi tiga set yang sengit, Raneem menunjukkan kawalan rali yang baik di set keempat, malah mendahului 5-0, 10-2 sebelum menamatkan saingan dengan 11-2. Keseluruhannya, pertarungan hanya berlangsung selama 36 minit.

Kemenangan Raneem membolehkan dia melakar sejarah sebagai pemain wanita Mesir pertama menjuarai Terbuka Malaysia sejak kejohanan diperkenalkan pada 1975.

Malah, dia juga melengkapkan keunggulan pemain-pemain negaranya selepas terdahulu Tarek Momen melakar kejutan ke atas pilihan kedua juga dari Mesir, Mohamed El Sorbagy 12-10, 6-11, 12-10, 8-11, 14-12 untuk mengungguli saingan lelaki.

"Ini merupakan detik paling hebat dalam karier saya sebagai pemain skuasy. Bulan ini saya berjaya melonjakkan diri ke ranking kedua dunia buat kali pertama dan hari ini, saya berjaya menjadi pemain wanita Mesir pertama muncul juara Terbuka Malaysia.

"Tambah hebat lagi, saya mengalahkan Nicol David di depan penyokongnya sendiri. Ia adalah kemenangan pertama saya ke atas Nicol dan untuk mencapai kejayaan ini, saya perlu memberikan persembahan paling konsisten dan terbaik," ujar Raneem yang turut mengecewakan Low Wee Wern pada separuh akhir kelmarin.

Bagi Nicol, juara dunia enam kali ini bukan saja kekalahan pertamanya pada Terbuka Malaysia yang telah dijuarai sejak 2005, malah kalah buat kali pertama kepada Raneem daripada lapan pertemuan mereka.
Nicol juga kempunan melakar rekod baru 63 kejuaraan Jelajah Wispa (Pemain Profesional Wanita).
Nicol kini berkongsi rekod 62 gelaran bersama legenda New Zealand, Susan Devoy dan Sarah Fitz-Gerald dari Australia.

Kekalahan kepada Weleily turut meleburkan rekod tanpa kalah pemain No. 1 dunia itu dalam 39 perlawanan berturut-turut.

Kekalahan terakhir Nicol sebelum ini adalah kepada Kasey Brown dari Australia pada Oktober, 2011.
"Sudah tentu kekalahan sesuatu yang mengecewakan tetapi saya harus akur pemain lain sudah semakin meningkat dan Raneem menunjukkan peningkatan yang besar sejak akhir-akhir ini. Memang mustahil saya boleh menang semua perlawanan tetapi saya telah memberikan yang terbaik hari ini.

"Kekalahan saya pasti tidak menggembirakan penyokong tempatan, tetapi saya rasa dari sudut positif, persaingan kini sudah semakin kompetitif. Ia juga bagus untuk skuasy, malah amaran kepada saya bahawa saya perlu bekerja lebih kuat untuk mengekalkan kedudukan," ujar Nicol.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

'29 Februari' Hanya Kutip RM400,000



Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kegagalan filem 3 dimensi (3D) pertama terbitan syarikat tersebut iaitu 29 Februari disebabkan faktor ekonomi apabila ia hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 sahaja.
Norman berkata, penonton di negara ini mungkin masih belum bersedia untuk membayar lebih tiket untuk menonton filem berkenaan yang agak mahal bagi format 3D hingga menyebabkan ia gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam.
"Secara dasarnya banyak faktor boleh dikaitkan mengapa filem ini gagal mendapat perhatian penonton namun satu perkara jelas iaitu penonton mungkin belum bersedia untuk membayar tiket sedikit mahal daripada biasa bagi menonton filem ini dalam format 3D.
"Bagaimanapun saya melihat kegagalan ini sebagai satu pengalaman berguna untuk pihak kami mengkaji corak dan kehendak penonton," 
Tambah Norman faktor kekeliruan penonton yang menyangka filem ini sebuah karya patriotik juga turut menyumbang kepada kegagalan meraih sambutan.
Dalam pada itu, Norman memberitahu mereka tidak akan berhenti daripada menghasilkan filem berformat 3D sebaliknya akan meneruskan usaha berkenaan dalam filem terbaru iaituVikingdom dan Cicakman.
Kata Norman, sebagai seorang usahawan dia perlu mengambil risiko dan pada masa sama memberi sesuatu yang baru kepada penonton bagi memastikan industri perfileman negara terus berkembang dan tidak berada di takuk lama.
"Perasaan kecewa itu tidak boleh dielakkan tetapi sebagai usahawan, perkara ini adalah satu cabaran dan risiko yang perlu diambil. Namun pihak kami juga akan memastikan lebih peka terhadap selera penonton bagi memastikan sesuatu filem berkenaan mendapat sambutan," ujarnya.
Sementara itu, Norman berkata, atas dasar itu juga pihaknya menubuhkan anak syarikat Showbiz Production yang mempunyai objektif dan fungsi berbeza daripada filem-filem terbitan KRU Studios yang lain.
"Showbiz akan memberi fokus kepada filem komersial dan ringan mengikut selera penonton dan dengan cara itu kita dapat mengasingkan pecahan penonton mengikut selera mereka.
"Filem pertama Showbiz iaitu Hantu Kapcai diharap akan mendapat perhatian penonton dan memenuhi selera mereka," katanya.
Hantu Kapcai yang dibintangi oleh Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan Riza Amin itu akan ditayangkan bermula 27 September ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, September 15, 2012

Facebook Rozita Che Wan



Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.
"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.
Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.
"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.
Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Rozita meraikan sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, kenalan artis yang rapat dan wakil media.
Antara kenalan artis yang hadir adalah Dafi, Didie Alias, Roslan Shah, Azza (Elite), Fazly Zainal, Zain Saidin, adiknya Ayu Raudhah dan adik ipar Mazlan Pet Pet.
Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.
"Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.
"Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.
"Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.
"Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu," katanya.
Mengenai kerjaya, Rozita berkata, dia bakal memulakan penggambaran telefilem komedi terbaru berjudul Bila Daddy Buat PHD di Perlis pada minggu hadapan.
"Saya juga akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem Hari Raya Haji juga diterbitkan Zeel Productions selepas ini."Pada Oktober depan, saya akan terlibat dalam drama bersiri Kiah Pekasam untuk musim terbaru.
"Kami dijangka terbang ke Jepun untuk penggambaran," katanya yang akan bercuti ke London, England dan Paris, Perancis bersama Ayu Raudhah tidak lama lagi.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, September 10, 2012

Renung Payu Dara Boleh Panjangkan Usia


Percaya atau tidak, namun itulah hasil kajian yang telah dibuat/diketuai oleh Dr Karen Weatherby yang dimuatkan dalam jurnal perubatan New England Journal of Medicine.
Kata Dr Karen, lelaki yang merenung payu dara wanita selama 10 minit dapat memanjangkan usianya sehingga enam tahun.
Menurut kajiannya, merenung payu dara wanita selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.
Kajian yang memakan masa selama lima tahun itu melibatkan 200 orang lelaki tulen Eropah. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang penemuan ini, silalah menggelintar ruang maya dengan menaip nama doktor ini atau nama jurnal perubatan di atas.

Tips: Sila renung payu dara isteri anda sahaja ye :)

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, September 7, 2012

IBS Jamuan Hari Raya Aidilfitiri 2012

Sebentar tadi telah berlangsung Jamuan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri anjuran IBS Technology. Kali ini ramai staff telah memberi kerjasama yang baik dengan mengenakan pakaian raya yang cantik dan menarik..

Juadah raya pun menarik dan sedap.. Kenyang aku.. hehehe.. Aku mcm biasa jadi Photographer.. huhu penat..


IBS Raya 2012


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, September 5, 2012

Owen ikat kontrak dengan Stoke City



Bekas penyerang England, Michael Owen menyertai Stoke City dengan perpindahan percuma dan kini menanti kelulusan Lembaga Liga Perdana England (EPL), umum kelab tersebut.

Owen yang mencipta nama bersama Liverpool sebelum menyertai Real Madrid, menandatangani perjanjian selama setahun selepas ia dilepaskan oleh Machester United pada akhir musim lepas.

Kerjaya beliau sebelum ini begitu cemerlang dengan menjaringkan 221 gol dalam 473 penampilan.

Bagaimanapun bintang berusia 32 tahun ini mula suram berikutan masalah kecederaan yang berlarutan dan dia hanya bermain sekali dalam EPL dalam tempoh dua musim lalu. - AFP


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, September 4, 2012

Tee Yong ajak MB Selangor berdebat


MCA Bandar Tun Razak, menghantar surat jemputan rasmi kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong, pada 12 September ini. 

Jemputan itu dibuat sehari selepas Tee Yong menyatakan pendirian untuk hanya berdebat dengan Khalid mengenai isu pengutipan semula hutang Talam Corporation Berhad, dan bukan dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. 

Kira-kira 20 ahli MCA Bahagian Bandar Tun Razak, diketuai pengerusinya, Senator Chiew Lian Keng, menghantar jemputan itu di pejabat Menteri Besar di sini, pagi semalam. 

Surat jemputan itu diterima Pegawai Akhbar di Pejabat Menteri Besar, Teh Yee Keong, yang mewakili Khalid. 

Lian Keng berkata, sesi perdebatan berkenaan akan diadakan pada jam 8 malam di Dewan Kampo International Youth Centre, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur. 

Mahu penjelasan isu Talam

“Kami mahu Menteri Besar menerima jemputan itu. “Jika beliau tidak boleh datang pada tarikh itu, berikan satu tarikh yang sesuai,” katanya di sini, semalam.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Pasukan Liga Malaysia nak Beli Owen



Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M).

Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu.

Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu.

Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen.

Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak tengah Brazil, Elano Blumer, 31.

Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia.

Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D).

Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle United masih belum menyertai mana-mana pasukan.

Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester, England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan keluar daripada Liga Perdana Inggeris. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City.

Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England. Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol.

Karier Owen bersama Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan 13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Diana Danielle & Farid Kamil Sudah Bertunang



Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu.
Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.
"Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," katanya.
Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.
"Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana.
"Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.
Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.
Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, September 3, 2012

Isteri Sham Kamikaze Tuntut Cerai



Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.
Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.
"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.
"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," 
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.
Farazila dan Sham bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.
"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.
Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut.
"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.
"Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.
"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.
Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.
Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.
Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu - MSTAR


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, September 2, 2012

Ibu Muda Lahir Anak Merdeka



Seorang ibu muda berusia 15 tahun gembira menyambut kelahiran anak sulung sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Hospital Pasir Mas (HPM), jam 3.50 petang, kelmarin.

Norfazlin Che Ab Rahim dan suaminya, Muhammad Helmi Ghazali, 18, menimang cahaya mata seberat 3.15 kilogram (kg) selepas dimasukkan ke hospital, jam 10 pagi.

Dia berkata kelahiran itu sungguh bermakna buat mereka kerana kali pertama menerima kehadiran orang baru.
“Kami bercadang menamakan bayi bertuah ini Muhammad Danish Ikram,” katanya.

Bayi lelaki berkenaan yang keempat daripada tujuh bayi dilahirkan pada Hari Kemerdekaan yang disambut seluruh negara, kelmarin.

Pengarah HPM, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, ulang tahun kemerdekaan ke-55 negara tahun ini mencatat tujuh kelahiran bayi merdeka dan jumlah itu paling ramai.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...