Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, September 22, 2013

Fouziah Gous Kini Isteri Kepada Zhafran


Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada Sabtu.
Akad nikah disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki.
Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam.
Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

google: Fouziah Gous kahwin, gambar Fouziah Gous kahwin, majlis resipsi Fouziah Gous, malam berinai Fouziah Gous, gambar nikah Fouziah Gous,

Wednesday, September 4, 2013

RON 97 Naik 15 Sen


Harga seliter petrol RON 97 akan dinaikkan sebanyak 15 sen bermula tengah malam Rabu, menjadikan harganya RM2.85 seliter, berbanding RM2.70 seliter sebelum ini.
Ini telah disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.
Sentimen ini telah dibalas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek.
"Nampaknya anda tahu lebih lanjut mengenai perkara ini daripada saya. Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Hanya tunggu pengumuman,"
Pada Mac 2013, harga RON 97 dinaikkan sebanyak RM0.20 tetapi kemudiannya telah dikurangkan dengan jumlah yang sama pada bulan Mei.
Harga petrol memuncak kepada RM3 seliter pada September 2012.
Pada Ahad, kerajaan menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 dalam usaha untuk mengurangkan defisit fiskal dengan penjimatan RM1.1 bilion setahun.
Harga baru seliter petrol RON 95 dan diesel masing-masing adalah RM2.10 dan RM2.00.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun dengan kenaikan itu, kerajaan masih akan memberi subsidi 63 sen bagi setiap liter petrol RON 95.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, September 3, 2013

Harga Minyak Naik 20sen


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - BERNAMA

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...