Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, July 24, 2025

Kuala Selangor catat IPU tidak sihat

Kuala Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 114, menjadi satu-satunya kawasan di negara ini yang merekodkan kualiti udara melepasi paras 100 setakat jam 9 pagi, hari ini.

Bagaimanapun, beberapa lokasi sebelum ini yang mencatat IPU tidak sihat mula menunjukkan penurunan bacaan kepada tahap sederhana.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sebanyak 64 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala empat stesen lagi berada dalam kategori baik.

Setakat ini, tiada kawasan yang mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat atau berbahaya.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata, laporan dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera.

Menurutnya, ia berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu (di Malaysia) yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.






~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...