Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, March 28, 2012

Abby Abadi Bertudung Selepas Balik Umrah


Kunjungan pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Rabu, pelakon berusia 34 tahun itu hasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama.

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

Bercakap mengenai pengalamannya menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar. Bahkan, Abby memberitahu dia ke sana kerana membawa hatinya yang lara.

“Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi.

“Saya juga tidak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya rezeki tetapi ada,” katanya.

Abby juga berkata perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana.

“Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” katanya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, March 26, 2012

Anas Peroleh Markah Tertinggi Mentor 6


Protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan berjaya mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 79 markah pada konsert pertama Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ), malam Ahad.

Anas yang merupakan peserta di bawah kumpulan A mengalah dua peserta lain iaitu protege Ramlah Ram, Ana Shuhada (51 markah) dan Ferhad, Tisha (55 markah).

Menurut juri, Datuk Sharifah Aini, Anas yang membawakan lagu Kau Di Hatiku, nyanyian Zainal Abidin dan InsyaAllah (Maher Zain) bersama mentornya sememangnya layak mendapat markah tinggi kerana berjaya menghayati kedua-dua buah lagu dengan baik.

"Ketika hendak memberi komen kepada Anas, saya dah tak tahu nak cakap apa.

"Dia berjaya menyampaikan kedua-dua buah lagu itu dengan baik, sehingga membuatkan saya menangis," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut.

Bagaimanapun tambah Sharifah Aini yang menjadi juri bersama Edry Abdul Halim, markah tinggi yang diberikan kepada Anas tiada kaitan dengan sorakan penonton yang kebanyakannya menyokong peserta kelahiran Ipoh, Perak itu.

Sementara itu, Ferhad yang mempunyai masa hanya dua hari sahaja untuk melatih protege barunya, Tisha, bersyukur kerana Tisha berjaya membawakan lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya dan Rindu Bayangan (Jay Jay) bersamanya dengan baik.

"Walaupun protege lama saya, Wanie, terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan kerana masalah kesihatan, ia tidak mematahkan semangat saya untuk melatih Tisha untuk menjadi penyanyi yang bagus.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengannya, walaupun terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan di atas pentas," ujarnya.

Ramlah Ram pula berkata, markah rendah yang diperoleh Ana bukanlah satu halangan untuk mereka menaikkan semula markah pada konsert seterusnya nanti.

Ana membawakan lagu Terbang Ke Awan, nyanyian Atilia dan lagu Ramlah sendiri, Diam-Diam serta Apa Khabarmu Di Sana bersamanya.

Untuk musim kali ini, Mentor masih lagi mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (undian SMS) dan 20 peratus (juri awam).

Juara Mentor 6 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000 manakala naib juara akan menerima wang sebanyak RM30,000.

Selepas menyaksikan persembahan daripada peserta-peserta kumpulan A, peserta kumpulan B iaitu protege Adam AF iaitu KJ, Zatuk (Fauziah Ahmad Daud) dan Caroline (Ella) pula akan beraksi untuk konsert pertama mereka pada Ahad depan.

Ikuti konsert mingguan Mentor setiap hari Ahad pukul 9 malam menerusi saluran TV3.

Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor, setiap Ahad, pukul 5 petang

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, March 24, 2012

Betul ke Susu Soya bahaya??

Tengah-tengah aku melayari internet terjumpa satu artikel kat blog ni mengatakan susu soya ni banyak keburukkan nya.. antara keburukannya ialah:



Korang baca laa lagi kat SINI . Nilai sendiri sama betul atau tak.. Sila rujuk kepada pakar... :)

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, March 23, 2012

Terbaik Lirik Lagu Gaban


Terbaik laa Gaban. Kesukaan masa aku kecil dulu...jom tengok lirik dan video gaban kat bawah ni... haha memang layan...



oh tok ko nan dah roh
kuu sut kusut mayoo...
mu nek nor and jin ni...
heee oh two kay lorr...

Oleh wak koko dah zeh
tok asyik oh sa kit..
hit kari nor.. haiyaaa sad day
aishh.. dah yay... dah susahh..

wah kasar wah kasar tenang tak...
kuli mu kanak eeeiii kotor sal...
ayi tenang tak.. tah merah warna ee ko tosaiii..

Gaban... abah you nak min tak
Gaban!! yoyo siku you... uhh key
uh cuit you... Kk eat jee
Gaban!!!!!


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Jangan Monyet... Jangan


Monyet yang degil makan cili.. rasakan... ekekeke.... layan...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Kisah Sang Kancil dan Buaya


Kisah Sang Kancil dan Buaya lagi terbaik... hahaha... layan saper tak pernah tengok sila tengok, yang dh pernah tengok mesti rindu nak tengok.. layan





~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Kisah Gagak Yang Bijak Dahagakan Air


Mesti korang dulu pernah tengok kisah teladan ni masa kecik2 dulu kan... Kisah Gagak Yang Bijak Dahagakan Air.. Masa kecik2 dulu inilah antara kartun tercanggih... hehehe...



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Owen Wilson Tolak Permintaan Fahrin Ahmad Untuk Bergambar


Hasrat pelakon Fahrin Ahmad untuk bergambar dengan aktor Hollywood Owen Wilson ketika di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 tidak kesampaian apabila permintaan itu ditolak mentah-mentah.

Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan.

Bagaimanapun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius.

"Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagu untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti," katanya yang dipetik daripada portal Daily Chilli.


Majlis yang penuh mewah itu telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada malam Khamis dengan kehadiran selebriti-selebriti Hollywood dan tempatan untuk meraih dana khas bersempena dengan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1).

Selain Owen dan Fahrin, antara yang hadir ialah Dayang Nurfaizah, Sazzy Falak, Leona Lewis, Adrien Brodyen, Camilla Belle, Fernando Morientes, Michel Salgado, Fabio Cannavaro dan David Haye.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

RPK Berdebat Dengan Najib & Anwar Tentang Islam


Pengendali lama blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan memberi fokus kepada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," katanya dalam entri di blognya, petang Khamis.

Pada Khamis, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.

Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange telah menyatakan persetujuan untuk menganjurkan debat tersebut.

"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter pada Rabu, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.

Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.

Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.

Mengulas lanjut Raja Petra berkata, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.

"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam

"Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud. Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," katanya.

Sebelum ini Anwar pernah menolak untuk menyertai wawancara yang dianjurkan Wikileaks setelah Raja Petra mahu menyertai wawancara yang sama.

Kemudiannya pihak produksi wawancara itu membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.

Baru-baru ini media melaporkan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isupolitik semasa di negara ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, March 22, 2012

Lagi Gadis Dilaporkan Hilang Di Pahang


Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.

"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini, malam Rabu.

Beliau berkata pihak polis masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, ibu remaja berkenaan, Norazlina Osman, 47, ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperasi, Jerantut berkata anak bongsunya itu keluar bersama seorang rakannya, Norsyazwani Mazlan, 15, dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 8 malam Isnin lepas.

"Sehingga 11.30 malam itu, Nornabila masih tidak pulang ke rumah, rakannya Norsyazwani ketika dihubungi memaklumkan yang dia telah menghantar Nornabila pulang sebelum itu," katanya.

Norazlina berkata usaha mencari Nornabila termasuk menghubungi telefon bimbitnya turut dilakukan tetapi gagal.

"Pada 8.04 pagi tadi, satu pesanan ringkas (SMS) telah dihantar daripada telefon bimbit anak saya memaklumkan yang Nornabila selamat," katanya.

Pada Ahad lepas, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun gadis yang dikatakan diculik itu sebenarnya mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, March 21, 2012

Siti Fatihah mengaku tidak diculik


Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak. - UTUSAN

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, March 19, 2012

Anak Rozita Che Wan Lari Akibat Merajuk


Pelakon jelita, Rozita Che Wan menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra yang dikatakan hilang sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk pada Sabtu lalu.

Rozita memberitahu, Aniq Ezra,14, ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya, dekat sini selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian.

Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan anaknya itu, Rozita dan pihak polis berjaya menjejaki anaknya yang memberitahu dia berbuat demikian kerana merajuk.

"Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada.

"Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya,".

Selain Aniq Ezra, Rozita mempunyai seorang lagi anak iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Dalam pada itu Rozita juga sempat bergurau dengan berkata selepas ini dia pula yang akan merajuk.

“Kalau saya merajuk, saya pergi lagi jauh,” selorohnya.

Pada Sabtu lalu kecoh di Twitter apabila Aniq menjadi trending topic di kalangan pengguna laman sosial itu apabila dia dikatakan hilang.

Sebuah hashtag menerusi laman sembang berkenaan telah diwujudkan atas nama #PrayForAniqEzra menjadi popular dalam satu usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12 dekat sini.

Sebelum ini, anak sulungnya, Ammar dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar di sekolahnya iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Ekoran insiden itu, Rozita telah mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Aniq yang juga bersekolah di tempat sama turut dipindahkan demi keselamatan mereka atas nasihat bekas suami Rozita iaitu Azuar Effendy Zulkaply.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Gambar Pesta Belon Udara Panas 2012

Semalam berakhirnya pesta belon udara panas 2012 di putrajaya. Nasib baik gak aku sempat pergi tengok, bergegas abis tangkap gambar orang bertunang terus ke Putrajaya..

Masa tu lewat petang, so aku ambil gambar dari jauh je laa. Ambil dari atas jambatan yang dekat dengan tempat belon tu.. tak sempat nak pergi dekat2, orang pun ramai juga.. Jem kat situ.. hehehe.. Petang tu tak banyak belon naik... huhu... tahun lepas lagi banyak walaupun last day...

Ok layan beberapa keping gambar yg sempat aku ambil... berbanding tahun lepas banyak gambar aku ambil..

Klik SINI tengok gambar Pesta Belon 2011...




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, March 18, 2012

Hoki Malaysia Gagal ke Olimpik


Hasrat skuad hoki negara untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2012 lebur apabila sekadar seri 1-1 dengan Ireland pada saingan kelayakan di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD) di sini, semalam.

Sebaliknya, Ireland melangkah ke perlawanan penentuan dalam Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 untuk bertemu dengan Korea Selatan, yang sebelum itu menewaskan Rusia 5-1.

Malaysia yang memerlukan kemenangan untuk layak ke saingan penentuan hari ini selepas tewas 3-2 kepada Korea Selatan, terpaksa akur di tangga ketiga dalam kumpulan yang turut menempatkan Rusia, Ukraine dan Chile dengan memungut 10 mata manakala Ireland 11 mata.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Semak Keputusan SPM Secara SMS dan Online


Keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi... Pasti ramai pelajar SPM yang berdebar termasuk ibu bapa mereka yang mengharapkan keputusan cemerlang dari anak-anak mereka..

Keputusan SPM akan di umumkan pada 21 March 2012. Selain cara pergi ke sekolah untuk dapatkan keputusan SPM, ini adalah cara lain untuk dapatkan keputusan. Malas nak ke sekolah atau gemuruh, takut nak ambil keputusan buat cara begini..

Cara semak keputusan SPM melalu SMS. Berikut adalah langkah untuk buat semakan keputusan SPM 2011.


SPM [No KP] [No Angka Giliran] dan SMS ke 15888


Semak secara online boleh layar ke laman web berikut. www.moe.gov.my


Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya :)

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, March 14, 2012

Ogy Batal Saman Johan


Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.

Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.

Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, March 12, 2012

Malek Noor Akhirnya Berkahwin


Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.
Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992)



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Shahrizat Letak Jawatan


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.

"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.

Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.

Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.

Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Manchester United Pintas Manchester City


Manchester United berjaya memintas kedudukan Manchester City untuk menjadi pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan West Bromwich Albion 2-0 di Old Trafford, manakala City tunduk kepada Swansea 0-1 malam ini.

United memperoleh dua gol melalui Wayne Rooney pada minit ke-36 dan satu sepakan penalti minit ke-71 sekali gus membolehkan The Red Devils mengumpul 67 mata manakala City sekadar memperoleh 66 mata di tangga kedua.

Sementara itu, City tidak beraksi dengan baik di Stadium Liberty terutama apabila tandukan daripada Luke Moore pada minit ke-83 berjaya memberikan Swansea kemenangan selepas gagal memanfaatkan sepakan penalti pada separuh masa pertama. - REUTERS



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Lin Dan Juara All England 2012


Chong Wei terpaksa tarik diri pada perlawanan di set kedua akibat kecederaan bahu.. huhu... Kalo tak abis laa Lin Dan kena belasah... hehehe..

Lin Dan berjaya menundukkan pencabarnya, Datuk Lee Chong Wei dengan 21-19 pada set pertama dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan di National Indoor Arena, Birmingham, England sebentar tadi. Set Kedua tak sempat habis, Chong Wei tarik diri akibat kecederaan...

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sunday, March 11, 2012

Chong Wei mara final All England


Syabas Datuk Lee Chong Wei - Harap menang final nanti...

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir All England apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Dia yang kini dalam laluan menjuarai All England buat kali ketiga berturut-turut bakal bertemu pemenang perlawanan antara Lin Dan dan Kenichi Tago dalam satu lagi aksi separuh akhir.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Saturday, March 10, 2012

Smart Tutup, KL jem Teruk


Begitu pentingnya Smart kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur. Dua hari berturut-turut aku pergi kerja dalam keadaan jem yang sangat teruk oleh kerana penutupan Smart untuk kerja-kerja pencegahan banjir...

Kalo macam ni kena tambah Smart lagi ler... hehehe....

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Liew Daren ke Suku Akhir All England


Kritikan yang sering dilemparkan media, menjadi motivasi buat Liew Daren untuk melakar kejutan terbesar All England apabila melangkah ke suku akhir semalam hanya pada penampilan pertamanya dalam kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Pemain muda Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu mengiringi jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menempah tiket suku akhir lebih awal, malah mengumumkan mengenai pelan persaraannya pada 2013 sejurus selepas bergelut untuk menumpaskan pemain muda Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-21, 21-18.

Turun tanpa harapan tinggi dan hanya beraksi buat kali pertama di Birmingham, Daren berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat lapan terbaik dengan mengetepikan pemain harapan tuan rumah, Rajiv Ouseph 21-15, 21-10 dalam 32 minit.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat


Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan ‘mood’ orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.

Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Lolipop Batang Bercahaya Bahaya Kepada Kesihatan


Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.

Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.

"Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.

"PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia," katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini, Jumaat.

Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.

Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.

"Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam," katanya.

Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tawaran Berlakon Melia Aimiellia Dibatalkan kerana Video Bogel


Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya dibatalkan.

Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.

“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.

“Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya ‘tidur’ bersama kerana video tersebut,”

Melia berkata pada awalnya dia mengakui enggan mengambil pusing perkara itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa gadis yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah rumit apabila ia mula menggugat kerjayanya sehingga memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.

“Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu.

“Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya,” katanya.

Pelakon itu turut memberitahu, dia mengesyaki penyebaran video tersebut merupakan satu komplot oleh kumpulan pemilik blog hiburan yang berpakat untuk menjatuhkan dirinya dengan menyebarluaskan lagi penyebaran video berkenaan.

“Saya dapat rasakan ada muslihat yang mencurigakan di sebalik penyebaran video itu. Apabila saya bertanya kepada dua blog yang memulakan penyebaran video itu, mereka tidak mengetahui sumber asal rakaman tersebut.

“Ketika diminta mengalihkan video itu, mereka padam entri tersebut buat sementara waktu tetapi tidak lama kemudian ia dimuat naikkan semula dan tersebar ke blog-blog lain pula,” katanya.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua blog berkenaan, Melia berkata dia akan mempertimbangkannya selepas mendapat keputusan siasatan SKMM selepas melaporkannya pada Khamis lalu.

“Berkemungkinan saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas blog-blog itu tetapi saya akan ikut prosedur yang dicadangkan SKMM hasil siasatan itu nanti.

“Memandangkan perkara ini sudah mencemarkan nama dan maruah saya dan kerjaya, tindakan tegas wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Friday, March 9, 2012

Gambar Kereta Konsep Masa Hadapan

Gambar Kereta Konsep Masa Hadapan (Mengancam!) | Untuk makluman, Tokyo Motor Show 2011 telah berlansung pada 3-5 Disember yang lalu. Sebanyak 170 booth pameran telah disediakan dan disertai oleh 35 syarikat permotoran terkemuka untuk menunjukkan produk dan teknologi terbaru mereka.

Antara syarikat yang terlibat adalah Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Volkswagen AG dan lain-lain lagi. Berikut adalah gambar rekebentuk kereta konsep pelik yang dapat dilihat ketika Tokyo Auto Show 2011 itu berlangsung. Ini adalah termasuk dalam kereta konsep ilham dari syarikat-syarikat gergasi kereta dunia.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Fasha Sandha Tolak Tajaan Kahwin


Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak apabila enggan menerima sebarang tajaan bagi majlis perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang dirancang pada bulan depan.

Fasha berkata, segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan busana untuk majlis itu akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sejak awal-awal lagi memaklumkan agar tidak mengharapkan penaja.

"Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri wangnya untuk majlis kami nanti.

"Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada hasil titik peluh kami berdua,"

Fasha ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3 di sini pada Khamis.

Tambahnya, dia dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai juga tidak mengimpikan sebarang majlis besar-besaran tetapi hanya berpuas hati dengan acara secara sederhana.

"Saya tidak mengimpikan gelaran weeding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.

"Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia dan Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu akan bernikah di rumah pasangan tersebut di Ampang, dekat sini.

Fasha berkata, pada hari tersebut turut diadakan resepsi pertama bagi meraikan hari bahagia mereka sebelum mengadakan dua lagi majlis di Perlis dan di sebuah destinasi yang masih dirahsiakan lokasinya untuk kenalan terdekat.

Bagaimanapun pelakon itu masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

"Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan sekali gus selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat.

"Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan," katanya.

Sementara itu, Fasha memberitahu persiapan perkahwinannya masih berjalan dan tidak mengkhususkan sebarang tema untuk hari bahagianya itu nanti.

Fasha memberitahu, cuma majlis di Perlis bersama-sama ahli keluarganya akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia dan bakal suaminya akan berbulan madu di Pulau Redang selepas perkahwinan mereka dan mengakui menerima lamaran Jejai selepas kali kedua lelaki itu berbuat demikian.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 2006 tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lebih dua tahun.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Thursday, March 8, 2012

Chong Wei mara ke pusingan kedua All England


Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan melepasi pusingan pertama kejohanan All England menundukkan pemain China, Wang Zheming, di Birmingham, England awal pagi ini (waktu Malaysia).

Perlawanan mudah bagi pemain berusia 29 tahun itu dengan hanya mengambil masa 38 minit mengalahkan pemain nombor 16 dunia itu straight set, 21-16 dan 21-11.

Chong Wei akan bertemu pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus pada pusingan kedua kejohanan itu esok.

Beregu lelaki utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong turut mara ke pusingan kedua dengan menewaskan beregu Jepun, Naoki Kawamae/Shoji Sato di pusingan pertama juga awal pagi ini.

Beregu nombor enam dunia dari Malaysia itu mengalahkan Naoki/Shoji dengan mata 21-11 dan 21-18 mengambil masa 32 minit.

Mereka dijadualkan bertemu sama ada beregu China, Hong Wei/Shen Ye atau beregu dari Poland, Adam Cwalina/Michal Logosz di pusingan kedua esok.

Pemain perseorangan ketiga negara, Daren Liew turut melangkah ke pusingan kedua menewaskan pencabarnya dari Thailand, Boonsak Ponsana straight set 21-19 dan 23-21.

Liew akan bertemu pemenang perlawanan di antara perseorangan nombor empat dunia, Peter Hoeg Gade dengan pemain perseorangan England, Ouseph Rajiv esok.

Seorang lagi perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng juga cemerlang menundukkan pemain dari Sepanyol, Pablo Abian 21-14 dan 21-18 untuk layak ke peringkat kedua kejohanan.

Wei Feng akan menemui pemain nombor dua dunia, Lin Dan pada pusingan kedua kejohanan esok.

Beregu negara Goh V Shem/Teo Kok Siang bagaimanapun kandas tewas di tangan beregu nombor dua dunia Jung Jae Sung/Lee Yong Dae, 10-21 dan 11-21 manakala beregu campuran negara, Ong Jian Guo/Lim Yin Loo juga dikalahkan pencabar dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir, 21-18 8-21 19-21 di pusingan pertama. — BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Wednesday, March 7, 2012

Lembah Klang Bakal Hadapi Gangguan Bekalan Air


Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Tuesday, March 6, 2012

NJOI TV Satelit Malaysia Percuma


Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.

Pelancaran NJOI memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.

Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.

Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang), Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan 19 stesen radio.

NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Fasha Kahwin Jejai Tahun Ini


Pelakon Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia sudah pun menerima lamaran Jejai yang juga anak Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik", katanya.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa dekat sini minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” ujarnya.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...