Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.
Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.
"Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.
"PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia," katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini, Jumaat.
Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.
Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.
"Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam," katanya.
Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment