Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, March 12, 2012

Shahrizat Letak Jawatan


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.

"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.

Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.

Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.

Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...