Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, March 19, 2012

Anak Rozita Che Wan Lari Akibat Merajuk


Pelakon jelita, Rozita Che Wan menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra yang dikatakan hilang sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk pada Sabtu lalu.

Rozita memberitahu, Aniq Ezra,14, ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya, dekat sini selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian.

Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan anaknya itu, Rozita dan pihak polis berjaya menjejaki anaknya yang memberitahu dia berbuat demikian kerana merajuk.

"Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada.

"Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya,".

Selain Aniq Ezra, Rozita mempunyai seorang lagi anak iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Dalam pada itu Rozita juga sempat bergurau dengan berkata selepas ini dia pula yang akan merajuk.

“Kalau saya merajuk, saya pergi lagi jauh,” selorohnya.

Pada Sabtu lalu kecoh di Twitter apabila Aniq menjadi trending topic di kalangan pengguna laman sosial itu apabila dia dikatakan hilang.

Sebuah hashtag menerusi laman sembang berkenaan telah diwujudkan atas nama #PrayForAniqEzra menjadi popular dalam satu usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12 dekat sini.

Sebelum ini, anak sulungnya, Ammar dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar di sekolahnya iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Ekoran insiden itu, Rozita telah mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Aniq yang juga bersekolah di tempat sama turut dipindahkan demi keselamatan mereka atas nasihat bekas suami Rozita iaitu Azuar Effendy Zulkaply.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...