Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, March 26, 2012

Anas Peroleh Markah Tertinggi Mentor 6


Protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan berjaya mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 79 markah pada konsert pertama Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ), malam Ahad.

Anas yang merupakan peserta di bawah kumpulan A mengalah dua peserta lain iaitu protege Ramlah Ram, Ana Shuhada (51 markah) dan Ferhad, Tisha (55 markah).

Menurut juri, Datuk Sharifah Aini, Anas yang membawakan lagu Kau Di Hatiku, nyanyian Zainal Abidin dan InsyaAllah (Maher Zain) bersama mentornya sememangnya layak mendapat markah tinggi kerana berjaya menghayati kedua-dua buah lagu dengan baik.

"Ketika hendak memberi komen kepada Anas, saya dah tak tahu nak cakap apa.

"Dia berjaya menyampaikan kedua-dua buah lagu itu dengan baik, sehingga membuatkan saya menangis," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut.

Bagaimanapun tambah Sharifah Aini yang menjadi juri bersama Edry Abdul Halim, markah tinggi yang diberikan kepada Anas tiada kaitan dengan sorakan penonton yang kebanyakannya menyokong peserta kelahiran Ipoh, Perak itu.

Sementara itu, Ferhad yang mempunyai masa hanya dua hari sahaja untuk melatih protege barunya, Tisha, bersyukur kerana Tisha berjaya membawakan lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya dan Rindu Bayangan (Jay Jay) bersamanya dengan baik.

"Walaupun protege lama saya, Wanie, terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan kerana masalah kesihatan, ia tidak mematahkan semangat saya untuk melatih Tisha untuk menjadi penyanyi yang bagus.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengannya, walaupun terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan di atas pentas," ujarnya.

Ramlah Ram pula berkata, markah rendah yang diperoleh Ana bukanlah satu halangan untuk mereka menaikkan semula markah pada konsert seterusnya nanti.

Ana membawakan lagu Terbang Ke Awan, nyanyian Atilia dan lagu Ramlah sendiri, Diam-Diam serta Apa Khabarmu Di Sana bersamanya.

Untuk musim kali ini, Mentor masih lagi mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (undian SMS) dan 20 peratus (juri awam).

Juara Mentor 6 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000 manakala naib juara akan menerima wang sebanyak RM30,000.

Selepas menyaksikan persembahan daripada peserta-peserta kumpulan A, peserta kumpulan B iaitu protege Adam AF iaitu KJ, Zatuk (Fauziah Ahmad Daud) dan Caroline (Ella) pula akan beraksi untuk konsert pertama mereka pada Ahad depan.

Ikuti konsert mingguan Mentor setiap hari Ahad pukul 9 malam menerusi saluran TV3.

Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor, setiap Ahad, pukul 5 petang

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...