Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, March 6, 2012

NJOI TV Satelit Malaysia Percuma


Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.

Pelancaran NJOI memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.

Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.

Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang), Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan 19 stesen radio.

NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...