Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, March 9, 2012

Fasha Sandha Tolak Tajaan Kahwin


Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak apabila enggan menerima sebarang tajaan bagi majlis perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang dirancang pada bulan depan.

Fasha berkata, segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan busana untuk majlis itu akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sejak awal-awal lagi memaklumkan agar tidak mengharapkan penaja.

"Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri wangnya untuk majlis kami nanti.

"Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada hasil titik peluh kami berdua,"

Fasha ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3 di sini pada Khamis.

Tambahnya, dia dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai juga tidak mengimpikan sebarang majlis besar-besaran tetapi hanya berpuas hati dengan acara secara sederhana.

"Saya tidak mengimpikan gelaran weeding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.

"Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia dan Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu akan bernikah di rumah pasangan tersebut di Ampang, dekat sini.

Fasha berkata, pada hari tersebut turut diadakan resepsi pertama bagi meraikan hari bahagia mereka sebelum mengadakan dua lagi majlis di Perlis dan di sebuah destinasi yang masih dirahsiakan lokasinya untuk kenalan terdekat.

Bagaimanapun pelakon itu masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

"Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan sekali gus selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat.

"Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan," katanya.

Sementara itu, Fasha memberitahu persiapan perkahwinannya masih berjalan dan tidak mengkhususkan sebarang tema untuk hari bahagianya itu nanti.

Fasha memberitahu, cuma majlis di Perlis bersama-sama ahli keluarganya akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia dan bakal suaminya akan berbulan madu di Pulau Redang selepas perkahwinan mereka dan mengakui menerima lamaran Jejai selepas kali kedua lelaki itu berbuat demikian.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 2006 tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lebih dua tahun.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...