Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, March 2, 2012

Modenas lancar Ace 115

Cantik juga motor ni.. Harga RM 4,598.00 (dual starter)


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), pengeluar motosikal negara hari ini melancarkan model terbarunya, Ace 115 yang menggabungkan reka bentuk skuter dan kapcai.

Motosikal tersebut yang akan berada di pasaran pada minggu depan merupakan produk ke-16 syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd. Halim Ismail berkata, pihaknya meletakkan sasaran jualan produk terbaru itu sebanyak 1,500 ke 2,000 unit sebulan.

"Ia sasaran yang realistik. Melihat kepada reka bentuk serta keupayaan motosikal ini yang sesuai untuk golongan berusia 18 hingga 35 tahun, kami yakin sasaran itu mampu dicapai.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...