Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, March 23, 2012

RPK Berdebat Dengan Najib & Anwar Tentang Islam


Pengendali lama blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan memberi fokus kepada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," katanya dalam entri di blognya, petang Khamis.

Pada Khamis, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.

Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange telah menyatakan persetujuan untuk menganjurkan debat tersebut.

"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter pada Rabu, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.

Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.

Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.

Mengulas lanjut Raja Petra berkata, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.

"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam

"Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud. Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," katanya.

Sebelum ini Anwar pernah menolak untuk menyertai wawancara yang dianjurkan Wikileaks setelah Raja Petra mahu menyertai wawancara yang sama.

Kemudiannya pihak produksi wawancara itu membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.

Baru-baru ini media melaporkan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isupolitik semasa di negara ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...