Aleeya berkata walaupun mereka sudah bercerai, tetapi dia gembira kerana masih dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang terjalin antara kedua-dua belah keluarga.
"Semuanya baik-baik saja, sama seperti sebelum ini. Hubungan kami masih baik. Dia masih baik dengan keluarga saya, begitu juga dengan keluarganya," katanya ringkas apabila ditanya mengenai perkembangan kehidupannya selepas bercerai.
Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik dan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Mereka berdua telah pun bernikah pada 8 Disember 2007 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah
SUMBER
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment