Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, April 11, 2013

5 Mei 2013 Hari Mengundi



Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu.
Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April).
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.
SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.
Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Abdul Aziz berkata SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.
Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 Aprildan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakanpilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
Abdul Aziz berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dannotis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.
Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).
Abdul Aziz berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.
Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.
Empat peraturan baharu akan diperkenal pada pilihan raya kali ini ke arah penambahbaikan proses pengundian iaitu penggunaan dakwat kekal; pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos; membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.
Peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012. Ia diwartakan tahun lepas.
Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberikan kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, juga layak memohon untuk mengundi awal.
Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU13 berjalan lancar, SPR meminta semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis dalam memastikan ketenteraman awam terpelihara sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
Parti-parti politik, para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan SPR, kata Abdul Aziz.
Beliau turut mengingatkan calon dan parti yang bertanding agar tidak terlibat dengan perbuatan rasuah bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam membolehkan pekerja menunaikan hak mereka sebagai pengundi, majikan diingat memperuntuk tempoh yang munasabah kepada mereka untuk mengundi.
"Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh apabila disabitkan, didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun sebagaimana yang diperuntuk dibawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954," katanya.
Para majikan juga, katanya, tidak boleh membuat apa-apa potongan daripadagaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya apa-apa penaltikerana tidak hadir bekerja dalam tempoh itu. -BERNAMA


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, April 9, 2013

Nabila Harap Isu Cium Lelaki Tidak Undang Kontroversi



Pelakon Nabila Huda berharap tindakan spontannya mencium pipi kekasihnya, aktor Nas-T dan memeluk beberapa rakan artis lelaki lain ketika dia diumumkan pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad lalu tidak akan mengundang sebarang kontroversi.
Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, keadaan itu berlaku kerana perasaannya yang terlalu gembira apabila meraih anugerah tersebut dan meminta maaf jika ada pihak yang terasa dengan perbuatannya itu.
"Itu perbuatan spontan saya kerana gembira apabila diumumkan menang Pelakon TV Wanita Popular.
"Malah saya juga memeluk rakan-rakan artis lelaki lain seperti Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat lama yang tahu susah senang saya dalam industri seni ini.
"Tetapi sekiranya ada yang mahu mengata, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa dan tidak kisah kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Ini adalah diri saya," katanya.
Sementara itu, Nabila berkata, dia bersyukur apabila hasil penat lelahnya dihargai peminat menerusi hadiah kemenangan yang diraihnya itu.
Malah, beritahu Nabila, kemenangan itu juga merupakan hadiah buat ayahnya, Amy (Search) yang sering terkena tempias kontroversi berkaitan dirinya.
"Saya memang tidak sangka boleh menang kerana tidak pernah mempromosi diri menerusi Twitter atau mana-mana laman sosial lain. Cuma saya hanya menunjukkan diri saya yang sebenar tanpa hipokrit dalam Twitter dan mungkin kerana itu juga para peminat senang dengan saya.
"Apa-apa pun, kejayaan ini juga membuktikan, walau apa pun kontroversi yang terkena pada diri, kerjaya lakonan saya tidak pernah terjejas kerana saya tidak mempunyai masalah disiplin dan sangat bekerja keras.
"Dan hadiah ini juga adalah untuk ayah, saya mahu membanggakan dirinya yang sering disoal macam-macam apabila saya dilanda kontroversi," ujarnya.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, April 3, 2013

iPhone sudah ketinggalan, kata CEO BlackBerry



TORONTO: iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry. 

Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS). 



Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia. 


Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.

Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.

Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.

Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10. 


“Ia sama saja" kata Heins merujuk kepada iPhone. 

Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.

Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email. - AP


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...