Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, July 27, 2023



Promosi ice-cream untuk sebarang majlis seperti perkahwinan, pertunangan, aqiqah, family day, hari jadi, annual dinner, hari raya dan sebagainya.


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Zaki 013-3549459
















google: ice cream murah, icecream sedap, cool icecream, ais kerim sedap, icecream sedap, icecream kahwin, icecream coklat, icecream vanila, icecream halal, icecream kenduri kahwin, icecream viral, ais kerim viral, icecream tiktok, icecream vanilla




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, July 26, 2023

Ayah saya paling popular - Bell



Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri, 43, menyifatkan insan 'paling popular' ialah bapanya, Ngasri Sain, 73.


Bell berkata, orang yang paling popular dan dikenali ramai dalam keluarga mereka sejak dulu ialah bapanya yang juga bekas penyiar terkenal di RTM itu.

"Saya datang dari keluarga terdiri daripada insan seni. Kalau nak cerita popular ini, ayah saya dulu boleh dikatakan semua orang pun kenal.

"Sejak lahir sehinggalah berusia belasan tahun dan memasuki usia 20-an, orang pasti akan cakap Bell, siapa Bell? Ohh anak Ngasri tu. Maknanya, sememangnya bapa saya lebih popular berbanding saya," katanya yang turut mengakui dia sebenarnya takut dengan populariti.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri berkata, dia bersyukur dengan segala rezeki yang dianugerahkan Allah kepadanya kini selepas 37 tahun terus aktif bergelar pelakon tanpa jemu.


"Mama, Habibah Jaafar adalah pendorong utama sejak kanak-kanak lagi. Dia yang nak saya jadi pelakon dan Alhamdulillah, sampai sekarang rezeki saya tak putus sebagai pelakon atas doa mama.

"Saya amat berbesar hati mendedikasikan segala anugerah yang dimenangi kepada mama. Dulu, mama saya sanggup bawa kami semua adik-beradik naik bas mini untuk ke lokasi penggambaran," katanya.

Bell berkata, tidak mudah baginya berada pada tahap sekarang. Dia hanya mampu bersyukur dengan rezeki kemenangan yang tidak pernah diduganya sebagai artis yang tiada kelab peminat.




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Pasang impian ke Hollywood




Ternyata, watak Kahar yang juga watak jahat dalam drama bersiri itu melonjakkan namanya selepas dua tahun bergelar pelakon.

Terbaharu, Amir melakar kejayaan pertama dalam karier seninya apabila memenangi kategori BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35.

Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022 ini juga mengetepikan rakannya dalam Projek: High Council iaitu Mierul Aiman dan Fadhli Masoot. Turut dicalonkan ialah Meer Nash dan Danial Chuer.

Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin berkata, dia juga tidak menjangka kemenangannya pada acara berprestij itu.


"Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Ia berkat sokongan keluarga, rakan dan peminat yang mengundi kerana tanpa mereka, saya tidak akan berada pada tahap ini. Terima kasih buat kedua-dua ibu dan ayah kerana melahirkan 'rockstar' seperti saya.

"Mak saya dulu pun seorang bintang (aktivis teater) juga dan saya mahu menjadi sepertinya," katanya.

Amir berkata, dia juga tidak kisah siapa pun calon yang menang dalam kategori itu kerana mereka rakan seperjuangannya dalam bidang seni tanah air.

"Sebenarnya kalau Mierul atau Fadhli yang menang pun kami tetap akan sama-sama meraikan dan meneruskan perjuangan dalam industri seni.

"Ketika menyertai pertandingan Hero Remaja sebelum ini pun, saya hanya mendapat tempat ketujuh, tetapi tetap teruskan impian dalam hidup.


"Bagi saya, semua orang ada rezeki masing-masing dan ia akan sampai bila tiba masanya," katanya.

Mengenai perkembangan karier seninya pula, kata Amir, dia akan melebarkan sayapnya ke Indonesia tahun ini,

"Saya akan terbabit dengan penggambaran filem genre seram di Indonesia selama sebulan. Saya akan melakonkan watak pembantu yang tidak kurang menariknya.

"Saya harap ia permulaan untuk saya mengembangkan bakat lakonan ke peringkat antarabangsa," katanya.

Bukan saja di Indonesia, Amir berkata, dia juga memasang impian untuk menempa nama di Hollywood pada masa depan.

"Buat masa ini, belum ada tawaran untuk berlakon di Hollywood lagi. Tapi, saya memang suka pasang impian dari kecil lagi. Contohnya, saya sudah pasang impian untuk berlakon dan memenangi anugerah dan ia menjadi nyata hari ini.

"Saya harap anda semua terus berusaha untuk mengejar impian dan cita-cita dalam hidup dengan hanya menjadi diri sendiri," katanya.

Mengimbas latarnya, Amir memulakan kerjaya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 tahun lalu.

Anak sulung daripada sembilan beradik ini juga bermula sebagai pelakon tambahan sebelum menempa nama menerusi Projek: High Council.

Selain itu, dia turut berlakon dalam drama bersiri Perempuan Itu yang menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana untuk saluran Tonton.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...