Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, July 22, 2013

MFC (MyForte Club) Iftar 2013

Ini adalah pertama kali aku sertai event yang dianjurkan setelah join MyForte Club bulan lepas. Iftar (Majlis Berbuka Puasa) ini diadakan di Perbadanan Putrajaya. Sebelum ke majlis lokasi kami berkonvoi terlebih.

Pertembungan 2 team MyForte Club dari arah Bangi/Kajang dan Puchong terus menghala ke lokasi majlis dengan bantuan Polis Traffik. Terima kasih kepada anggota Traffik Putrajaya melancarkan perjalanan konvoi ini. Sebanyak 73 buah Kia Forte yang menyertai aktiviti ini dan lebih 100 orang ahli keluarga MFC menyertai Iftar ini


MFC Iftar 2013 @ Perbadanan Putrajaya
Klik Pada Gambar utk Resolusi yang Besar

Dengan sokongan semua ahli kelab, kami telah berjaya membentuk perkataan MFC dengan susunan kenderaan. Melalui pandangan atas jelas kelihatan huruf MFC



Syabas diucapkan kepada penganjur program ini yang telah berjaya melakukan majlis iftar ini. Begitu juga kepada ahli-ahli kelab yang telah membantu melancarkan aktiviti ini.





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

google: kia forte club, forte club, kia forte image, gambar kia forte 2013, kia koup image 2013, iftar putrjaya, majlis berbuka puasa putrajaya, kia forte price, kia forte specification

Monday, July 8, 2013

Gambar Sherry Ibrahim Teduhan Kasih



Sinar Harian melaporkan,  Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-
Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.
Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara
Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Gambar Model Terbaru Kia Cerato

Kia Cerato launched – 1.6 RM99,888, 2.0 RM118,888



KIA CERATO Engine Specification
Engine Performance Horsepower hp :  130ps for 1.6 / 161ps for 2.0
Engine pickup Torque Nm : 157Nm for 1.6 / 194Nm for 2.0
Price range : RM100K-119K
Top speed km/h : >200kmh
0-100 kmh : <11 .6sec="" br="">KIA CERATO Fuel Consumption FC km/litre @ sen/km @ litre/100km : 14.7km/l 
KIA CERATO General Specification
Dimension (Length x Width x Height) mm : 4560 x 1780 x1460
Weight kg : 1200 kg


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Gambar terbaru Raja Ema semakin Cun


"Sejujurnya bila dah memasuki peringkat umur macam saya ini, kulit-kulit memang dah tidak tegang macam zaman muda-muda dahulu. Bila nak buat comeback, pada saya rawatan yang saya jalani itu sesuai kerana ia bukan mengubah bentuk muka saya.
Ia merupakan sebuah rawatan penegangan kulit yang dipanggil thread lift. Tiada sebarang pembedahan cuma ianya adalah prosedur yang normal dan tiada sebarang penggunaan botoks dan sebagainya. Bila saya mengetahui mengenai rawatan ini dan melihat kepada proses serta cara pembuatannya saya yakin. Lagipun ia tidak mengubah mana-mana bentuk muka saya, cuma sekadar menegangkan kulit muka."


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Gambar Diana Danielle Bersama Anaknya

Diana Danielle dan anaknya masih berada di Australia. Ini adalah kali pertama Diana Danielle berkongsi gambar dirinya bersama buah hatinya ini...





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Oldtown White Coffee terima sijil halal


Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa was-was kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura,  Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata pengarah eksekutif Oldtown White Coffee Bhd Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan  Indonesia. - Bernama

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

PRK Kuala Besut: BN, PAS Umum Calon Esok


PAS telah mempunyai tiga calon yang disenarai pendek bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali berkata, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calonnya malam Selasa, di Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengumumkan pilihan Barisan Nasional (BN) pada Selasa.
Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 12 Julai dan hari pengundian ditetapkan pada 24 Julai.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kosong berikutan kematian Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.
Ketua Ulama PAS Terengganu Hussin Awang berkata walaupun menghadapi banyak kemungkinan, parti itu akan berusaha untuk memastikan kemenangan.
Pada pilihan raya umum baru-baru ini, BN memenangi 17 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat (PR) memperolehi 15 kerusi negeri di Terengganu.
Jika PAS menang, BN dan PR masing-masing akan mempunyai 16 kerusi DUN.
Hussin berkata rampasan ke atas kerusi DUN Kuala Besut tidak mustahil kerana PAS telah memperolehi kemenangan di sana pada pilihan raya umum tahun 1959, 1969 dan 1999.
"Ia akan menjadi sukar tetapi kita masih mempunyai peluang untuk berjuang," katanya, sambil menambah PAS juga memenangi kerusi itu pada tahun 1974 apabila PAS berada di BN.
Hussin berkata, PAS akan memberi tumpuan berkempen kepada nelayan dan petani yang membentuk sebahagian besar daripada pengundi di Kuala Besut.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

40 Ahli Setuju Tindakan Mahkamah Terhadap Seniman

Kira-kira 40 ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bersetuju supaya tindakan mahkamah diteruskan berhubung Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu sebelum ini yang didakwa tidak sah.
Pelakon veteran, Abu Bakar Omar, 64, berkata, keputusan itu dibuat selepas Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi enggan hadir pada pertemuan yang dianjurkannya bagi mencari penyelesaian kepada kemelut itu.
"Nampaknya tiada ruang perbincangan boleh dilakukan kerana tidak mendapat kerjasama daripada Zed bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam Seniman.
"Tujuan mengadakan pertemuan hari ini supaya dapat berbincang secara bersemuka supaya semua salah faham dapat diselesaikan," katanya ketika ditemui di Panggung Mini P. Ramlee Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada Ahad.
Pada 31 Mei lalu, Abu Bakar bersama rakan artis iaitu Sahlan Sudiran, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang berjaya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini bagi menghalang AGM ke-15 persatuan itu.
Hakim, Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat alasan untuk membenarkan injunksi berkenaan berdasarkan penyertaan tuntutan lima artis terbabit.
Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, dia sedih apabila terdapat cubaan daripada pihak tertentu untuk memboikot pertemuan itu dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli-ahli Seniman dan memberitahu bahawa perjumpaan itu dibatalkan.
Menurut Abu Bakar, dia tidak faham dengan tindakan segelintir pihak dipercayai dari kalangan ahli Seniman itu sendiri yang seolah-olah cuba menyembunyikan kebenaran.
"Perjumpaan ini bukan untuk menghasut atau meraih simpati daripada sesiapa pun cuma ingin menjelaskan apakah punca sebenar kami mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan injuksi berhubung AGM Seniman.
"Kami tidak mahu semua ahli tertipu dengan cerita yang telah diputar belit oleh pihak satu lagi dan biar mereka semua faham fakta sebenar," katanya.
Antara ahli Seniman yang kelihatan hadir pada pertemuan itu adalah bekas Presiden Seniman, Datuk Mustafa Maarof, Datuk Aziz Satar, Datuk Yusof Haslam, Datin Sofia Jane, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran, Mat London dan Dira Abu Zahar.
Sementara itu, Abu Bakar turut menyangkal dakwaan pihaknya turut membuat tuntutan supaya aktiviti melibatkan Seniman dihentikan sehingga kes berkenaan selesai di mahkamah.
"Kami tidak pernah membuat sebarang permohonan sebegitu kerana ia akan merugikan semua ahli yang bernaung dan perkara seperti inilah yang ingin kami jelaskan dalam pertemuan ini supaya tidak ada salah faham.
"Malah Zed tetap bertindak sebagai presiden seperti biasa cuma kami berjaya mendapatkan perintah untuk tidak mengadakan AGM ke-15 daripada mahkamah," jelasnya.
Pada pertemuan selama tiga jam itu juga turut menyaksikan pelbagai soalan dan pendapat diutarakan oleh ahli yang hadir berhubung perkara itu.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Sunday, July 7, 2013

Windows 8 sistem operasi ketiga popular di dunia


Perlahan tapi pasti, pengguna sistem operasi Windows 8 terus mengalami pertambahan. Bahkan dalam data terbaru, OS terbaru tersebut berhasil menjadi ketiga popular mengalahkan Windows Vista. 

Dalam data terbaru pada bulan Jun 2013 yang dikeluarkan oleh Net Applications, pengguna Windows 8 kini mencapai peningkatan 5.1 peratus. Sementara itu Windows Vista hanya memperoleh peningkatan sebesar 4.62 peratus. 


Sementara itu di tempat pertama adalah Windows 7 yang tampil dominan dengan peningkatan 44.37 peratus disusuli Windows XP di tempat kedua dengan 37.17 peratus. 

Secara keseluruhan, sistem operasi milik Microsoft jauh mengalahkan Mac OS milik Apple. OS Windows menguasai 91.51 peratus pasaran sistem operasi. Sementara Mac OS hanya memperoleh peningkatan sebesar 7.2 peratus.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun


Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.

Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.

Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu - SAMMARA - IRAQ

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Liga Futsal Kebangsaan cari pelapis baru


Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM akan menjadi medan pemilihan pasukan untuk mewakili negara ke Kejohanan Liga Futsal Asia 2014 di Vietnam.

Liga Futsal Kebangsaan akan bermula 18 Ogos ini hingga Disember.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal Dan Bola Sepak Pantai, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalid berkata liga tahun ini akan diadakan dalam format baharu untuk menjadikannya lebih kompetitif.

Berdasarkan format baharu, 16 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita akan terlibat dengan permainan timbal balik berbanding sebelum ini yang hanya diadakan secara karnival.

"Kita mahu pasukan yang betul-betul layak (mewakili Malaysia)," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Undian Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM yang melibatkan tajaan sebanyak RM5 juta oleh Felda di sini hari ini.

Hamdan berkata pengambilan pemain import dalam pasukan diharapkan dapat menyuntik daya saing tinggi di kalangan pemain. - Bernama

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

2 mati kapal terbang terhempas



Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 130 cedera semalam apabila pesawat Asiana Airlines Boeing 777 terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Ketua Jabatan Bomba San Francisco, Joanne Hayes-White berkata, pesawat tersebut membawa 291 penumpang dan 16 anak kapal ketika kejadian tersebut berlaku.

"Ketika ini, dua orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tersebut,’’ katanya. - AFP




~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

9 pusat mengundi bagi PRK Kuala Besut


Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab. Wahab.

Beliau berkata, selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.

"Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama.

Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM750,000.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional, Datuk Dr. A. Rahman Mokhtar 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. - BERNAMA

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...