Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, July 8, 2013

Oldtown White Coffee terima sijil halal


Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa was-was kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura,  Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata pengarah eksekutif Oldtown White Coffee Bhd Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan  Indonesia. - Bernama

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...