Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Sunday, July 7, 2013

9 pusat mengundi bagi PRK Kuala Besut


Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab. Wahab.

Beliau berkata, selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.

"Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama.

Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM750,000.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional, Datuk Dr. A. Rahman Mokhtar 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. - BERNAMA

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...