Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, January 21, 2013

Chong Wei juara badminton Terbuka Malaysia Kali ke-9



Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia selepas mengalahkan Sony Dwi Kuncoro dari Indoensia 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini petang ini.

Ia adalah rekod baharu kemenangan kali kesembilan yang dicapai Chong Wei. -



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Saturday, January 19, 2013

JOZAN Juara Maharaja Lawak Mega 2012



Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), di sini malam Jumaat.
Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama.
Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.
Bagaimanapun Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik & Nabil) yang pernah bergelar naib juara MLM 2011 sebelum ini terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat.

Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Manakala kumpulan tunggal dari Indonesia iaitu Saywho (Eko, Bocil & Vicha) berada di tempat kelima. Mereka mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2012 akhir itu terdiri daripada Awie, Wulan Guritno, Najib Ali dan Lisa Surihani. Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka, Jozan berkata, ia adalah rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.
Bagaimanapun ia adakan berkat sokongan para peminat yang sentiasa menjadi pendorong untuk mereka memberikan persembahan mantap pada setiap minggu.
"Tanpa peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kejayaan ini tidak akan bererti dan kemenangan ini adalah untuk mereka semua," jelasnya ketika ditemui selepas acara itu.
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh bersama Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.
Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersiaran secara langsung menerusi saluran Mustika HD (134) dan Astro Warna (132).


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Monday, January 14, 2013

United kalahkan Liverpool 2-1



Manchester United mengalahkan Liverpool 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, hari ini.

Robin van Persie memulakan jaringan United pada minit ke-19, diikuti jaringan kedua menerusi Nemanja Vidic pada minit ke-54.

Gol Liverpool dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-57. - AGENSI



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Chong Wei juara Terbuka Korea



Datuk Lee Chong Wei memenangi kejohanan badminton Terbuka Korea selepas mengalahkan pemain China, Du Pengyu 21-12, 21-15 dalam perlawanan akhir di Seoul hari ini



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Thursday, January 10, 2013

3 DUN bubar sebelum Parlimen



Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak.
DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.
Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula ketika mengulas perkara sama berkata, SPR mempunyai tempoh masa panjang untuk mengadakan pilihan raya sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan sama ada dengan sendiri atau berdasarkan kepada ketetapan tarikh oleh Perdana Menteri.

“Oleh itu, SPR akan menggunakan tempoh 60 hari itu sebaik-baiknya dalam usaha memastikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak.

“Saya akui terdapat beberapa DUN yang telah memulakan persidangan sebelum sidang Parlimen pada 28 April ini tetapi itu tidak menjadi masalah kerana tempoh sidang DUN-DUN terbabit tidak jauh dari tarikh pembubaran Parlimen," jelasnya.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya umum berkata, sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri.

“Begitu juga dengan persiapan dan persediaan kita dari segi logistik dan kemudahan pengangkutan. Kita mahu memastikan PRU-13 kali ini berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya kemungkinan pilihan raya umum akan datang diadakan pada cuti persekolahan hujung Mac ini, beliau berkata, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Wednesday, January 9, 2013

Ulama PAS Tidak Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.
Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.
Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.
"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.
"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.
"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.
Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.
Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.
Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.
Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Monday, January 7, 2013

Terukir Di Bintang jadi Juara



Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).
Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.
Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.
Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.
Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.
Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.
Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.
Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Sunday, January 6, 2013

ATM Juara Piala Sumbangsih


Pasukan ATM menjulang Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama apabila menewaskan Kelantan 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.
Ia merupakan permulaan baik buat The Gladiators dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2013.
Malah kemenangan itu membolehkan ATM merealisasikan misi balas dendam mereka terhadap Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia musim lalu.
Kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang dalam aksi 45 minit pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan.
Pendatang baru Liga Super, pasukan ATM menguasai sepenuhnya perlawanan babak pertama.
Pasukan kendalian jurulatih B.Sathianathan itu hampir memecah kebuntuan menerusi tiga percubaan berbahaya.
Pemain gantian Syazuan Hazani hampir meletakkan ATM di depan pada minit ke-15, tetapi rembatannya tersasar.
Juara Liga Super tahun lalu, Kelantan pula masih tercari-cari rentak untuk membolosi kubu pertahanan lawan.
Aksi babak kedua bersambung sengit.

Pemain berusia 31 tahun, Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama untuk The Red Warriors pada minit ke-55.
Keita Mandjou menggandakan jaringan buat Kelantan pada minit ke-60 tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.
The Gladiators bangkit melakukan asakan menerusi jaringan Irwan Fadzly Idrus pada minit ke-85.
Gol tersebut meletakkan kedudukan seri 1-1.
Kedudukan seri kekal sehingga minit ke-93 dan memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti.
Irwan Fadzly dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...