Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, December 29, 2012

Gambar Pernikahan Khairul Fahmi & Eilunie Natasha

Apek dan Nur Eilunie atau Leuniey selamat diijabkabulkan pada pukul 10 pagi semalam di rumah keluarga Leuniey di Wakaf Bharu dekat sini.


Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Leuniey di sini.

Pada majlis tersebut, Khairul Fahmi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan Leuniey membalas dengan tujuh dulang.

Apek yang mengenakan persalinan berwarna kuning muda sah menjadi suami kepada Leuniey dengan sekali lafaz dan lebih 2,000 tetamu termasuk peminat setia mereka hadir pada majlis pernikahan tersebut





~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Apple bayar pampasan RM498,920



Sebuah mahkamah China di sini semalam mengarahkan syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. membayar pampasan kepada lapan penulis rakyat negara ini dan dua syarikat selepas didapati bersalah menjual buku tanpa lesen secara dalam talian.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikat yang berpangkalan di California itu diarahkan membawa pampasan berjumlah 1.03 juta yuan (RM498,920) kerana melanggar hak cipta kesemua plaintif.

Xinhua yang memetik kenyataan seorang peguam plaintif berkata, mereka mendapati beberapa aplikasi yang mengandungi buku versi elektronik yang tidak berlesen boleh dimuat turun melalui produk Apple pada tahun lalu. - AFP


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, December 18, 2012

PSY gegarkan stadium di Toronto



Penyanyi rap Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kuda, Psy menggegarkan sebuah stadium di Toronto menerusi persembahannya kelmarin.
Dia menari tarian itu semasa perlawanan bola sepak Amerika antara kelab Buffalo Bills dan Seattle Seahawks berhenti rehat.
Psy, 34, yang memakai cermin mata hitam, seluar panjang dan jaket berwarna hitam menari tarian tersebut di atas sebuah pentas kecil bersama beberapa penari latarnya.
Menurut portal berita CBC News semalam, para penonton turut menari tarian tersebut selepas diminta oleh penyanyi tersebut.
Muzik video penyanyi tersebut yang menunjukkan dia menari tarian kuda di laman YouTube, Gangnam Style telah ditonton lebih 969 juta kali sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu. - Agensi


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Datuk K dibedah enam jam



Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin selamat menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand semalam.
Difahamkan, Datuk K dibawa ke bilik pembedahan kira-kira pukul 9.30 pagi semalam waktu Malaysia (pukul 1.30 petang waktu New Zealand).
Beliau selesai menjalani pembedahan pada kira-kira pukul 4 petang waktu Malaysia (pukul 8 malam waktu New Zealand).
Pembedahan itu melibatkan bahagian belakang badannya, bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada ia membabitkan tulang belakang atau sebaliknya.
Siti menerusi akaun laman sosial Twitter @CTNurhaliza11 memberitahu, pembedahan ke atas suaminya yang mengambil masa kira-kira enam jam itu berjalan lancar.
"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. Mohon doakan terus. Terima kasih semua, hanya Allah yang akan membalas jasa baik kalian," katanya.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Acong (Sweet Child) Bernikah dengan Peminat



PETALING JAYA: Isteri kepada Acong (Sweet Child) iaitu Marya Zuraida tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan penyanyi dan pelakon itu apabila mereka selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu selepas hampir 14 tahun terpisah.
Marya atau nama sebenarnya Siti Zuraida Zahari, 31, berkata, dia yang mengenali Acong kira-kira 14 tahun lalu ketika penyanyi itu terlibat dalam sesi promosi album kumpulan Sweet Child di Kuantan, Pahang kembali rapat menerusi laman sosial Facebook pada 2010.
Marya berkata, pintu hatinya terbuka untuk berumah tangga semula selepas lima tahun bergelar ibu tunggal kerana dia terpikat dengan sikap Acong yang kuat bekerja dan menerima anak perempuannya Qistina Yasmin yang berusia enam tahun.
“Kami kenal ketika saya berusia 17 tahun pada 1998 di Kuantan, Pahang. Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan membantu Acong dan kumpulan Sweet Child menjual album ketika mereka mengadakan promosi di sana.
“Bagaimanapun, kami hanya kawan biasa ketika itu dan tidak lagi berjumpa. Kami bertemu semula pada dua tahun lalu menerusi Facebook.
“Pada peringkat awal perkenalan kami, saya tidak terfikir ia akan jadi serius sehinggalah Acong meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya pada Disember tahun lalu,” 
Pasangan itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah dengan sekali lafaz.
Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000.
Bagaimanapun, kedua-dua mempelai enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.
Majlis pernikahan di kampung halaman Marya yang juga seorang pelakon tambahan dan krew produksi itu mendapat tajaan Azie De’ Touch dan dihadiri lebih 400 tetamu.
Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, pula berkata, hatinya terbuka untuk berumah tangga selepas 10 tahun menduda selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki keluarga sendiri.
Ujarnya, selepas mengenali hati budi Marya kira-kira dua tahun lalu, dia mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan sikap memahami di antara satu sama lain.
“Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda.
“Sejak mengenali Marya, saya berasa selesa dengannya kerana kami berkongsi banyak persamaan dan dia memahami serta menyokong kerjaya saya,” katanya yang teruja kerana mendapat ‘anak ekspres’ daripada perkahwinan itu.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara dekat sini.
Majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam.
Mereka dijangka terbang berbulan madu ke Beijing, China pada 1 hingga 6 Februari 2013.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Shila Amzah Akui Buat Silap



Penyanyi Shila Amzah tidak menyangka gurauannya ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) yang berlangsung di Max Pavilion, Singapura, pada Sabtu lalu telah mengundang salah faham terhadap kekasihnya Sharnaaz Ahmad.
Shila berkata, gurauannya dengan mengatakan kekasihnya itu mungkin cemburu melihat dia berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah bukanlah dengan niat untuk memperkecilkan Sharnaaz.
"Selepas saya berbincang dengan abah (ND Lala), katanya gurauan seperti itu tidak patut saya ungkapkan secara umum, apatah lagi ia merupakan acara siaran langsung.
"Walaupun perkara itu hanyalah gurauan, tetapi ia telah dilihat daripada sudut berbeza setiap penonton. Maka saya akui dengan kesalahan itu.
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012.
"Saya dan Sharnaaz tidak mempunyai sebarang masalah selepas kejadian itu kerana kami sudah pun berbincang mengenainya," katanya.
Shila ditemui pada sidang akhbar Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza di Hotel One World dekat sini, Isnin.
Kata-kata Shila pada acara APM2012 itu menyebabkan Sharnaaz kurang senang sehingga membuatkan dia memuat naik entri Twitter yang agak kasar terhadap Shila pada malam Ahad.
Bagaimanapun kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, Sharnaaz telah memadam entri tersebut dan mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh akaun Twitter miliknya itu.
Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya. Bagaimanapun entri ini telah dipadamkan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Isnin kira-kria pukul 7.30 malam.
Ditanya, adakah Shila terasa dengan mesej-mesej Sharnaaz tersebut penyanyi itu enggan mengulas mengenainya.
"Saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana ia sudah pun selesai. Apa yang ditulis Sharnaaz dalam Twitter, saya tidak akan komen," katanya.
Sementara dalam perkembangan lain Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya untuk dijadikan isteri.
Perkara itu disahkan Shila dalam Twitter miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 7.30 malam Isnin tetapi telah dipadamkan tidak lama kemudian.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Tuesday, December 4, 2012

Mizz Nina Kereta Kena Pecah



Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina mengalami situasi cemas apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali di Ampang Jaya.
Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, menerusi laman sosial Instagrammiliknya berkata, dia ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak dan telah kehilangan beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.
"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya.
"Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta," katanya.
Entri foto yang dimuatkan dalam Instagram milik Mizz Nina.
Berdasarkan masa entri foto tingkap kereta pecah di bahagian kiri yang dimuatkan pada Instagram penyanyi itu, kejadian rompakan berlaku sekitar tengah hari Isnin.
Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, ia merupakan satu pengajaran yang besar buat dirinya gara-gara terlupa untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.
"Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.
"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter pula.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...