Ditawarkan pada harga bermula RM50,900 hingga RM61,700 itu, ia dijangka menarik perhatian pengguna di negara ini dengan kepuasan pemanduan maksimum khususnya dari segi prestasi yang dipertingkat.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata keputusan melancarkan Myvi 1.5 liter itu berdasarkan permintaan tinggi dikalangan pengguna yang mahukan enjin lebih berkuasa.
Katanya, pelancaran Myvi 1.5 itu bakal meningkatkan jualan keseluruhan Myvi di pasaran tempatan kepada 9,500 unit sebulan berbanding 8,000 unit sebelum ini, yang mana antara 45 peratus hingga 55 peratus disumbangkan kedua-dua varian terbaru itu.
“Kehadiran Myvi 1.5 ini bukan sekadar untuk persaingan tetapi kami sentiasa menyediakan pilihan terbaik kepada pengguna dari segi harga dan rekaan, ia khusus bagi melengkapkan barisan model kereta untuk ditawarkan kepada semua golongan sasaran seperti Viva, Myvi 1.3 dan Alza.
“Kami yakin varian ini mampu memacu momentum syarikat untuk mencapai sasaran jualan keseluruhan kenderaan sebanyak 190,000 unit tahun ini, berdasarkan tempahannya yang kami terima sehingga kini sebanyak 2,000 unit,” katanya pada sidang media selepas pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau sebelum itu turut menerima pengiktirafan empat bintang bagi Myvi 1.5 itu di bawah Program Penilaian Kenderaan Malaysia oleh Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros).
Dipacu enjin 1.5 liter 16V DVVT yang mampu menjana kuasa maksimum 76kW pada 6,000 rpm dan tork maksimum 136Nm pada 4400rpm, kedua-dua Myvi itu mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam dalam 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi prestasi Myvi SE 1.3 liter sebelum ini.
Ia turut dilengkapi dengan sistem brek auto (ABS) yang dipertingkat menggunakan brek agihan elektrik (EBD), sistem anti-pecah kunci, lampu projektor selain ditawarkan dua pilihan sistem audio sama ada sistem audio standard atau sistem audio multimedia dengan navigasi.
Myvi Extreme 1.5 ditampilkan berbeza dengan Myvi SE 1.5 dari segi reka bentuk kit badan yang lebih garang dan menarik, tempat duduk kulit, sistem audio multimedia dengan navigasi dan rekaan dalaman yang lebih eksklusif.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
google: myvi SE 1.5 baru, myvi extreme 1.5, myvi 1.5, gambar myvi 1.5, gambar myvi se 1.5, gambar myvi extreme 1.5, prerodua keluar myvi 1.5, harga myvi baru 1.5, harga myvi se 1.5, harga myvi extreme 1.5, senarai harga myvi, warna myvi 1.5, spesifikasi myvi baru 1.5, tempahan myvi baru 1.5, myvi baru 1.5 2011, myvi baru 2011, bodykit myvi 1.5, promosi myvi 1.5, muka myvi 1.5, features myvi 1.5,
No comments:
Post a Comment