Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, September 24, 2011

Sambutan Rumah Terbuka Raya 2011

IBS Open House 2011

Semalam hari Jumaat, Syarikat tempat aku bekerja iaitu IBS Technology telah mengadakan sambutan rumah terbuka. Sambutan kali ini amat menggalakan daripada staff dengan kehadiran mereka yang berpakaian raya semakin ramai.

Banyak makanan yang telah disajikan antaranya lemang, rendang daging, laksa, mee bandung muar, kuih muih dan macam-macam lagi. Memang kenyang dibuatnya pada hari itu. Sungguh meriah suasana dtambah lagi dengan dendangan lagu-lagu raya..


Tetamu-tetamu yang hadir adalah kebanyakkan daripada staff sendiri dan syarikat-syarikat terdekat. Disamping acara makan-makan raya, IBS juga telah mengadakan cabutan bertuah dan pakaian raya tercantik bagi kategori lelaki dan wanita. Memang yang ramai pakai cantik cantik. apa pun keputusan terletak di tangan GM.

Pemenang pakaian tercantik. Sama pink

Antara pemenang cabutan bertuah

Aku macam biasa, sebagai photographer suka-suka memang rajin ambil gambar-gambar majlis. Dah lama tak ambil gambar macam ni, memang letih satu badan. Minggu depan aku ada job, kira ni pemanas badan laa.. nanti takde laa sakit2 badan macam ni lagi.. hehehe...

Hari ni ada rumah terbuka lagi... makan lagi....... syoknya raya...

Aku rasa baju raya ni ter unik dan pelik tahun ini


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: sambutan raya di IBS, IBS Technology sdn bhd, gambar sambutan hari raya 2011, majlis hari raya 2011, open house 1 malaysia, majlis rumah terbuka ibs, foto majlis rumah terbuka raya 2011, baju raya pelik, baju raya yang unik, baju raya unik, baju raya yang cantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...