Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
Friday, September 16, 2011
Khutbah Jumaat: Kasih kepada pemimpin cabang keimanan umat
HARI ini kita meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Hari Malaysia mengingatkan kita mengenai penubuhan Persekutuan Malaysia dan menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk negara Malaysia.
Malaysia negara berdaulat dan rakyatnya yang berbilang kaum amat bertuah. Menjadi kewajipan kita sebagai rakyat memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara.
Allah SWT memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka), (lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!” (Surah Saba’, ayat 15)
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan segala amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. - Surah An-Nisa' Ayat 58 Ayat ini menceritakan kisah Ratu Balqis dan kaum Saba’ di negeri Yaman yang mencapai tahap ketamadunan hidup sehingga mampu mengurus masalah air di negara itu. Kejayaan ini mengakibatkan pertanian dan perladangan bertambah baik.
Disebabkan kaum Saba’ enggan bersyukur, Allah SWT menurunkan ujian ke atas mereka. Segala nikmat dirampas dengan mendatangkan bencana banjir besar sehingga menenggelamkan harta benda, rumah, kampung halaman dan mengorbankan nyawa. Akhirnya berubah menjadi kering kontang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pemerintah yang bertanggungjawab dan adil sangat diperlukan bagi memimpin rakyat. Rakyat tiada kuasa untuk ingkar atau keluar daripada garisan taat setia kepada mereka. Jika segelintir yang menentang, maka mereka harus didisiplinkan menurut prinsip Islam.
Begitu juga pemimpin, selagi mereka berpegang dengan tali Allah, rakyat wajib menunjukkan taat setia dan kepatuhan yang tidak berbelah-bahagi. Al-Imam Abu Bakar al-Turtusyi menyatakan: “Taat kepada pemerintah adalah petunjuk bagi orang yang menjadikan cahayanya sebagai penyuluh, tempat berlindung bagi mereka yang memeliharanya. Orang yang terkeluar dari sempadan taat, tersingkir ia daripada perlindungan Allah, terlepas daripada jaminannya. Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agamanya yang lurus, perisai yang melindungi dan pemeliharaan yang tinggi.”
Justeru, mari kita memikul tanggungjawab mempertahan, memelihara dan menjaga maruah agama serta tanah air dengan menanam rasa kasih dan setia antara yang dipimpin dengan pemimpin.
Islam sentiasa menuntut umatnya bersifat kasih kepada pemimpin dan negara kerana ia sebahagian cabang keimanan. Namun, berdasarkan pemerhatian, akhir-akhir ini ada segelintir rakyat cuba menimbulkan isu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, mengubah sejarah negara, mengagungkan kumpulan yang mengkhianati tanah air dan mengiktiraf petualang sebagai pejuang.
Rasulullah SAW mendidik umatnya supaya sentiasa bercakap benar, tidak menyeleweng daripada kebenaran, adil, menghiasi diri dengan sifat terpuji seperti amanah serta tidak mengenepikan tanggungjawab dan fitrah kehidupan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment