Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
Saturday, September 24, 2011
Sejarah Steve Jobs pengasas syarikat Apple
PADA 25 Ogos lalu, industri pengkomputeran dunia dikejutkan dengan pengumuman pengunduran pengasas syarikat Apple Inc. (Apple), Steve Jobs daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi.
Beliau yang telah menerajui gergasi teknologi berkenaan sejak 1976 bagaimanapun hanya memberikan alasan kesihatan ekoran pengundurannya.
Banyak pihak melihat keputusan tersebut diambil selepas Jobs sering mengambil cuti sakit sejak 2009 sehingga jarang menghadiri majlis-majlis umum syarikatnya.
Pengumuman peletakan jawatan oleh usahawan teknologi unggul itu sekali gus mengakhiri penguasaannya selama lebih 14 tahun terhadap pembangunan rangkaian produk teknologi dan pengkomputeran Apple.
Apple di bawah pimpinannya telah mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global.
Malah, Apple juga kini muncul sebagai syarikat kedua paling inovatif dan bernilai di pasaran dunia.
Pemilik nama sebenar Steven Paul Jobs yang kini berusia 56 tahun mula terlibat dalam aktiviti pembangunan komputer sekitar tahun 1970-an.
Ketika itu, beliau dan rakannya, Steve Wozniak yang juga pengasas bersama syarikat Apple telah mencipta dan membangunkan produk komputer peribadi pasang siap, Apple I pada 1976.
Ia diikuti pengenalan produk Apple II pada tahun berikutnya sekali gus menjadikan Apple sebagai pemain utama industri komputer peribadi ketika itu.
Pada masa sama, Apple II telah menjadi simbol revolusi kepada industri komputer peribadi dunia dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Kejayaan tersebut dinilai daripada segi kesempurnaan spesifikasi teknikal Apple II termasuk perkakasan, warna grafik dan perisian yang digunakan.
Sekitar tahun 1981, Jobs memperkenalkan pula komputer peribadi Apple Macintosh yang mana spesifikasi antara muka grafik pada produk itu telah menerima pengiktirafan di peringkat komersial.
Selepas menghadapi konflik dengan syarikatnya, beliau kemudian menubuhkan syarikat komputer NeXT Computer pada 1986.
Sepanjang tempoh bersama NeXT Computer, Jobs berjaya menghasilkan komputer peribadi interpersonal termaju menggunakan cip pemproses isyarat digital.
Jobs yang berkhidmat dengan syarikat NeXT Computer sehingga tahun 1995 kemudiannya kembali menerajui Apple pada 1997 dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.
Di bawah pentadbirannya, Apple terus mengecap kejayaan dan mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.
Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka, Mac OC X selain beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps seperti iMovie, iTunes, iPhoto, iCal dan iSync.
Tahun yang sama juga menyaksikan Jobs merancang strategi untuk terlibat dalam industri hab digital merangkumi penghasilan produk seperti kamera digital, kamera video, pemain MP3, telefon bimbit dan peranti digital.
Momentum kejayaan Apple terus dirancakkan menerusi pengenalan produk pemain MP3 dikenali sebagai iPod pada tahun 2001.
iPod yang disempurnakan bersama kelebihan reka bentuk unik dan cantik serta mempunyai antara muka pengguna pintar hadir bersama siri iPod Classic, iPod Mini, iPod Shuffle dan juga iPod Nano.
Tidak cukup dengan itu, kejayaan dalam bidang telekomunikasi turut dicatatkan Apple pada tahun 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia.
Selepas legasi Steve Jobs berakhir, pentadbiran syarikat Apple Inc. bakal diterajui pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, Tim Cook.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
google: Steve Jobs apple, Steve Jobs keluar dari apple, produk terbaru apple, Steve Jobs letak jawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment