Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, September 27, 2011

Chong Wei kalah sebab dah tua?

Kali ini Datuk Lee Chong Wei kalah kepada pemain muda dari China iaitu Chen Long. Adakah ini petanda Lee Chong Wei akan bersara nanti? Chong wei takkan bersara selagi Malaysia tiada pengganti Chong Wei. Tengok je pemain muda China boleh menundukkan pemain No. 1 dunia. Malaysia seharusnya buka mata untuk mencari pemain muda, pelapis muda untuk gantikan pemain yang sudah lama. Pemain muda seharusnya diberi peluang untuk beraksi pada kejohanan yang berprestij seperti ini... Jangan terlalu letak harapan kepada pemain senior..


Sebulan selepas dikecewakan Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di London, Datuk Lee Chong Wei belum mampu bangkit sepenuhnya apabila gagal lagi mencari kejuaraan, kali ini tunduk kepada pemain muda China, Chen Long pada saingan akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam.

Selepas mengetepikan China Masters minggu lalu untuk memberi tumpuan kepada ulang tahun ke-30 Terbuka Jepun, Chong Wei gagal memenuhi misi mempertahankan kejuaraan selepas tewas 8-21, 21-10, 19-21 dalam aksi sengit selama satu jam, 13 minit.

Chong Wei menjadi pilihan untuk membawa pulang kejuaraan, namun dia nyata terperangkap dengan taktik kotor China apabila Chen Long yang diberi laluan percuma oleh rakan senegaranya, Lin Dan pada separuh akhir kelmarin nyata lebih bertenaga untuk menjuarai gelaran Siri Super kedua berturut-turut selepas China Masters minggu lalu.

Ini adalah kemenangan keduanya daripada lima pertemuan dengan Chong Wei, sekali gus mengecewakan hasrat pemain berusia 29 tahun itu untuk mengembalikan keyakinan selepas kekecewaan di London.

Jurulatih perseorangan kebangsaan, Tey Seu Bock bagaimanapun menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan kekalahan terbaru Chong Wei.

Menurutnya, ini kerana Chong Wei masih berada pada landasan terbaik, apatah lagi dia telah melayakkan diri ke final dalam semua kejohanan yang disertai.

“Chen Long bermain dengan bagus hari ini, dia dapat membaca corak dan pukulan Chong Wei terutama di set pertama, ini membuatkan Chong Wei rasa tertekan.

“Keseluruhannya saya tetap berpuas hati dengan prestasi Chong Wei kerana dia memasuki perlawanan akhir dalam semua kejohanan yang disertai, ini bukan satu pencapaian yang mudah.

“Malah, Chong Wei juga menerima kekalahannya dengan positif kerana dia sudah memberi yang terbaik untuk mencari kemenangan,” kata Seu Bock.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Chong Wei kalah lagi, Chong Wei kalah kepada pemain muda, gambar datuk Chong Wei, berita terkini badminton, keputusan siri super badminton jepun, kekalahan Chong Wei kepada chen long, Chong Wei menang ke atas lin dan, Chong Wei bersara, keputusan badminton 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...