Pertembungan 2 jaguh badminton pada masa kini sememangnya dinanti ramai. Pertembungan kali ini bakal berlaku di terbuka Jepun nanti besar kemungkinan di peringkat akhir. Semoga Chong Wei dapat membalas kekalahan sebelum ini di Kejohanan Badminton Dunia. Memang syok tengok perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.
Lin Dan mungkin telah mengalahkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam banyak kejohanan utama, namun masih memasang azam untuk mengalahkan pemain Malaysia itu pada final Terbuka Jepun yang bermula semalam.
Lin Dan dan Chong Wei berpotensi bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir selepas diletak dalam undian berbeza pada kejohanan Siri Super itu.
Chong Wei yang mempertahankan kejuaraan All England, Mac lalu berjaya menundukkan Lin Dan, yang ditabal sebagai juara dunia kali keempat, Ogos lepas 22-20, 16-21, 21-17 dalam saingan akhir Terbuka Jepun 2010.
Biarpun Chong Wei bergelar No. 1 dunia, namun Lin Dan, juara Terbuka Jepun 2005 dan 2006 diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia ketika ini dengan menundukkan pemain negara itu dalam final tiga kejohanan paling berprestij, Sukan Olimpik 2008, Sukan Asia 2010 dan terbaru, Kejohanan Dunia 2011 di London.
Di Tokyo, Chong Wei akan membuka kempen dengan menentang pemain England, Rajiv Ouseph, hari ini.
Sekiranya menang, dia bakal dinanti pemenang di antara Wong Wing-ki dari Hong Kong atau Wang Zhengming dari China.
Chong Wei, 28, turut berada dalam undian yang sama dengan pilihan kelima dan juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia, yang masih belum memenangi sebarang gelaran tahun ini.
Turut berada dalam undian yang sama ialah juara dua kali, Peter Hoeg Gade dari Denmark dan pilihan ketujuh, Nguyen Tien Minh dari Denmark.
Lin Dan, pemain No. 2 dunia pula akan memulakan kempen dengan berdepan jaguh veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il, juara Terbuka Jepun 2002.
Pemain berusia 27 tahun itu tiba di Tokyo kurang seminggu selepas dikejutkan rakan senegaranya, Chen Jin 25-23, 21-15 pada separuh akhir China Masters.
Chen Jin kemudian kalah kepada seorang lagi pemain China, Chen Long di final. Ketiga-tiga pemain berada dalam undian yang sama di Jepun.
"Ini adalah ulang tahun Terbuka Jepun ke-30, jadi saya mengetepikan China Masters selepas Kejohanan Dunia untuk memberi tumpuan kepada kejohanan ini, saya benar-benar mahu memenanginya.
"Proses kelayakan Sukan Olimpik akan berlarutan hingga Mei tahun depan, jadi adalah penting untuk saya mendapatkan keputusan yang baik, tetapi pada masa yang sama saya kena berhati-hati agar tidak cedera,'' kata Chong Wei.
Sementara itu, Lin Dan ketika diminta mengulas mengenai kekalahan kepada Chen Jin berkata: "Saya tidak berminat hendak bercakap apa-apa, asalkan kemenangan milik kami (China) ia sudah cukup."
Lin Dan juga menegaskan, dia sudah melupakan kekalahan di tempat sendiri dan bersedia untuk berdepan kemungkinan mengulangi pertemuan dengan Chong Wei. - AFP
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
google: Lee Chong Wei kalahkan lin dan, video aksi Lee Chong Wei, video permainan Lee Chong Wei, gambar Lee Chong Wei, Lee Chong Wei jumpa lin dan di final, badminton Lee Chong Wei jumpa lin dan, lin dan menang ke atas Lee Chong Wei, Lee Chong Wei tewaskan lin dan, kejohanan badminton dunia, badminton terbuka jepun, badminton terbuka malaysia Lee Chong Wei, badminton terbuka indonesia
Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
No comments:
Post a Comment