Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, September 9, 2011

Cardiff panggil Safee

Wow makin laku sekarang pemain bola sepak Malaysia ni.. Terbaru Cardiff City ingin menguji Safee sebelum menjadi pemain diorang. QPR juga berminat untuk mendapat Safee.. Semoga pemain-pemain Malaysia dapat menunjukkan erti permainan bola sepak sebenar dan mendapat tawaran dari kelab-kelab ternama dan sekaligus dapat menaikkan mutu permainan bola sepak Malaysia.. Syabas!!!


PELUANG kini terbuka luas buat penyerang sensasi negara, Mohd Safee Mohd Sali mengembangkan kerjaya ke pentas bola sepak Eropah apabila secara rasmi ditawarkan menjalani ujian percubaan bersama kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City, 12 hingga 27 September ini.

Selain itu, penyerang sensasi berusia 27 tahun turut dikhabarkan mendapat tawaran ujian percubaan bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) serta lima kelab dari Jerman, tetapi tiada tawaran rasmi diterima setakat ini.

“Semalam (kelmarin) saya mengadakan perbincangan dengan pemilik Cardiff City (Datuk Chan Tien Ghee) dan alhamdulillah mereka bersetuju untuk menjemput Safee hadir latihan ujian selama dua minggu di sana bermula Isnin ini.

“Safee akan menjalani latihan bersama pasukan utama Cardiff City di bawah pengawasan pengurus pasukan, Malky Mackay.

“Jika berjaya, Safee berpeluang beraksi terus dengan Cardiff City secara pinjaman dan tak perlu menunggu pintu perpindahan Januari depan,” kata pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim ketika dihubungi, semalam.

Namun segalanya bergantung kepada pelepasan majikan Safee ketika ini, Pelita Jaya yang kini dalam persiapan menghadapi menghadapi saingan musim baru Liga Super Indonesia (ISL) bermula 8 Oktober ini.

Safee yang nyata teruja dengan tawaran ujian berkenaan berkata: “Sejak kecil saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi di England. Kini saya mendapat peluang menjalani ujian. Ia umpama peluang sekali seumur hidup dan saya akan cuba membuktikan kemampuan diri.”

Dua minggu lalu, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim terlebih dahulu mendapat tawaran ujian percubaan bersama Cardiff City.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: Safee Sali dapat tawaran ke EPL Safee Sali main kat luar malaysia, Safee Sali dapat panggilan epl, gambar Safee Sali, foto Safee Sali, kelab epl panggil Safee Sali, kelab sepanyol panggil Safee Sali, gaji Safee Sali, gaji pemain bola sepak malaysia, berita liga perdana malaysia 2011, kehebatan Safee Sali, video Safee Sali, video 3gp Safee Sali, video mp4 Safee Sali, aksi Safee Sali dalam video, video jaringan Safee Sali, video jaringan tercantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...