Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, September 19, 2011

Video aksi Juara Dunia Freestyle Football

Semalam aku tengok Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011 live kat TV. Memang ngam hoo... Macam-macam aksi dan gaya diorg mengawal dan menimang bola. Macam menari dengan bola pula aku tengok. Memang tak kelip mata aku melihatnya. Henderson ni memang hebat. Aksi memang terpukau.



Wakil England, Andrew Henderson dinobatkan sebagai juara dunia pada Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011 di sini, semalam.

Anak muda berusia 19 tahun itu menewaskan wakil dari Perancis, Gautier pada peringkat akhir dalam pertandingan yang dilangsungkan di Sunway Pyramid.

Kemenangan itu membolehkan Henderson membawa pulang 5,000 pound (RM24,394) beserta plak, sementara Gautier memenangi wang tunai 2,000 pound (RM9,757) dan plak.

Pemenang tempat ketiga serta keempat menjadi milik Michryc dari Poland yang berjaya memenangi 1,000 pound (RM4,878) dan wakil dari Jepun, Tokura.

Untuk kategori Malaysia, peserta berusia 17 tahun, Mohd. Irfan Ashgar Ali muncul juara manakala pemenang tempat kedua menjadi milik Amirul dan Patrick di tempat ketiga.

Mohd. Irfan membawa pulang RM3,000 beserta plak, Amirul menggondol RM1,500 dan plak manakala Patrick sekadar berpuas hati RM500.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: juara Freestyle Football Championships, henderson Freestyle Football Championships, gambar Freestyle Football Championships 2011, foto Freestyle Football Championships, aksi Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011, foto Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011, gambar Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011, foto Andrew Henderson, Andrew Henderson biodata, Andrew Henderson pictures, video Freestyle Football, youtube Freestyle Football.

2 comments:

  1. hebat ni beb, aku tak pernah tengok pertandingan freestyle ni, You tube pun ok la

    ReplyDelete
  2. keren bnget..
    tdi q jg smpet nonton britanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...