Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, September 12, 2011

Jerebu dijangka teruk

Awas!!! jerebu mungkin berada dikawasan kediaman anda. Pada musim perayaan ni, raya pun raya juga kesihatan jangan ambil tak kisah. Jika jerebu bertambah teruk elakkan berada lama di tempat terdedah kepada jerebu.



JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

-Kanak-kanak
-Orang tua
-Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
-Perokok
-Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Jerebu di Semenanjung terutama Pantai Barat dijangka bertambah buruk untuk beberapa hari akan datang berikutan kebakaran hutan semakin merebak di Sumatera dengan peningkatan jumlah titik panas daripada cuma 401 beberapa hari lalu kepada 692 setakat petang semalam.

Hujan selang beberapa jam sejak beberapa hari lalu di beberapa lokasi di negara ini gagal memulihkan keadaan. Pemantauan terakhir satelit National Oceanic Atmospheric and Administration (NOAA) mendapati selain selatan Sumatera, titik panas dikesan di 10 kawasan lain dengan Riau merekodkan 93 lokasi.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meramalkan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.
Ketua Subkluster Majlis Profesor Negara (MPN) bagi Kesihatan Alam Sekitar, Prof Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, berkata jerebu berterusan bakal mengundang implikasi kesihatan seperti kesukaran bernafas, pedih mata dan sakit tekak.

Kandungan partikel jerebu terdiri daripada nikel, metal serta plumbum dalam skala kecil iaitu di bawah 2.5 mikrometer berupaya menyusup masuk ke paru-paru, mengakibatkan sakit dada ketika bernafas kerana proses penukaran gas oksigen kepada gas karbon dioksida di bahagian berkenaan, katanya.

Sementara itu, BERNAMA memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata Malaysia menyatakan kebimbangan kepada Indonesia melalui surat kepada rakan sejawatnya dari republik itu, Prof Dr Gusti Muhammad Hatta selepas satelit mengesan 600 tompokan panas dengan suhu tinggi di Sumatera tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, setakat jam 5 petang semalam, 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, semalam manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikeluarkan JAS dengan tiada laporan IPU berbahaya direkodkan

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai (78); Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (71) serta Petaling Jaya, Banting dan Cheras masing-masing 70.


Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: jerebu, tanda-tanda jerebu, kesan jerebu, kawasan risiko jerebu, IPU jerebu malaysia, kuala lumpur berjerebu, malaysia dilanda jerebu, kaedah pencegahan jerebu, punca jerebu, gambar jerebu, kebakaran punca jerebu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...