Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, September 8, 2011

17,000 kad sim percuma kepada jemaah haji

Bagus Maxis ni bagi sim percuma kepada jemaah haji. Jadi lepas ni ahli keluarga para jemaah tiada masalah lah untuk menghubungi jemaah haji di sana nanti.. Kepada semua jemaah Haji Malaysia, selamat menunaikan Ibadah Umrah. Semoga mendapat haji yang Mabrur. InsyAllah..



Maxis Berhad menawarkan 17,000 kad SIM khas daripada Saudi Telecom Company bagi membolehkan para jemaah haji membuat atau menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas di Arab Saudi dengan kadar tempatan.

Menurut satu kenyataan syarikat telekomunikasi itu di sini, kad SIM itu dimuatkan dengan nilai prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dengan masa berbual percuma selama 40 minit.

"Dengan bantuan Tabung Haji, kad SIM ini akan diagihkan secara percuma kepada jemaah haji di beberapa balai berlepas di Selangor, Johor Baharu, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching,” katanya.

Selain itu, jemaah haji yang juga pelanggan pasca bayar Maxis boleh menikmati diskaun eksklusif 30 peratus bagi panggilan suara ke Malaysia untuk kedua-dua talian tetap dan mudah alih, sah dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2011. - Bernama



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: jemaah haji malaysia, senarai jemaah haji malaysia, gambar jemaah haji, gambar mekah, gambar makkah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...