Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, September 13, 2011

Keriangan Hari Raya di Kampung


Salam Aidilfitri - Raya Tahun ini disambut meriah sekali. Dengan kehadiran semua adik-beradik aku di hari raya pertama membuatkan rumah di kampung menjadi ceria dan riang. Ditambah lagi dengan cucu2 mak ayah aku yang telah bertambah pada tahun ini membuatkan suasana rumah itu memang tak boleh sunyi dan senyap seketika.

Hari Raya Aidilfitri 2011

Raya kali ni aku sambut dengan sederhana sahaja. Dengan berbaju melayu warna kuning dan isteri ku tercinta dengan baju kurung warna kuning juga. Sesudah sembahyang hari raya aidilfitri, sesi makan pagi bersama keluarga - macam2 makanan ada. Lemang, rendang ayam, rendang daging, nasi impit, kuih raya, lontong dan banyak lagi...

Lemang

Lepas makan, sesi bermaaf-maafan sambil memberi duit raya dan sesi bergambar keluarga - cuma gambar abang ipar aku seorang je yang takde. Tiba2 ada panggilan kerja plak di pagi raya.. kemudian tu plak aku serang beraya ke empat buah rumah mak bapak saudara ku.. memang laa kenyang sangat pada hari tu... Apapun Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah kerana kami sekeluarga dapat beraya dengan riangnya....

Hari Raya Aidilfitri 2011
Mak & Bapak bersama cucu-cucunya

Dan pada hari Raya ke-2 aku dah bertolak ke Muar untuk beraya disana - kampung bapak mertuaku... dan sekarang aku telah pun balik semula ke rumah.. so weekend ni belum tau lagi apa aktivitinya..

 - Selamat Hari Raya Aidilfitri -

Hari Raya Aidilfitri 2011
Mak & Bapak bersama anak-anaknya

Hari Raya Aidilfitri 2011
Mak & Bapak bersama menantu-menantunya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: sambutan Hari Raya Aidilfitri, perayaan Hari Raya Aidilfitri, tarikh Hari Raya Aidilfitri, pengumuman Hari Raya Aidilfitri, gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri, foto Hari Raya Aidilfitri 2011, Hari Raya Aidilfitri 2011, rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, artis di Hari Raya Aidilfitri, avtiviti Hari Raya Aidilfitri, sembahyang Hari Raya Aidilfitri

3 comments:

  1. hello. . .i want to exchange link with you. .i already added you in my link. .please add me


    http://literasura.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mesti bestkan dapat raya dgan family.. jelous aku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...