Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, September 20, 2011

Vietnam kalahkan Malaysia - AFF

Bola kalah lagi. Apa nak buat. Malaysia cubalah lagi lain tahun nanti.. Bawah 19 tahun ni masih muda lagi, ada masa lagi untuk jadi juara :) Rabu ni Malaysia jumpa Myanmar untuk penentuan tempat ke-3. Semoga Malaysia Menang..


Impian Malaysia untuk mencipta sejarah pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun tidak kesampaian apabila kalah tipis 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan separuh akhir di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar.

Menurut laman web AFF, penyerang berbisa Nguyen Xuan Nam menjaringkan dua gol untuk membantu Vietnam melangkah ke final menentang pilihan utama Thailand, Rabu ini.

Vietnam, yang mengekalkan rekod tanpa kalah pada saingan peringkat kumpulan, membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak jauh dari 25 meter oleh Nguyen pada minit ke-37.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya membendung gerakan pantas pemain Vietnam dan memberi saingan sengit sebelum menyamakan kedudukan menerusi Nur Areff Kamaruddin pada minit ke-41.

Vietnam bangkit semula pada babak kedua sebelum Nguyen muncul wira pasukan apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79 selepas menyambut hantaran lambung dari tendangan percuma pemain gantian Don Hung Dung.

Dalam satu perlawanan separuh akhir di gelanggang Pusat Latihan Remaja, Thailand mengatasi tuan rumah Myanmar 2-1.

Malaysia akan berdepan dengan Myanmar pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Rabu ini. - Bernama



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Malaysia AFF bawah 19, kejohanan AFF bawah 19, malaysia kalah kepada vietnam, gambar kejohanan AFF bawah 19, keputusan AFF bawah 19, juara AFF bawah 19, juara Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN, jadual Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN, keputusan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN, malaysia kalah dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2011, gambar Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2011, gambar pemain bola sepak malaysia bawah 19 tahun, bola malaysia kalah kepada vietnam, vietnam menang ke atas malaysia aff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...