Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, September 12, 2011

Caj 6 peratus ditangguhkan

Akhirnya pihak Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile telah terima nasihat Perdana Menteri. Pastinya kepada mereka yang pakai prepaid tu akan berasa lega. Aku rasa lepas ni pihak Telco ni mesti ada strategi lain untuk kenakan cukai ni.. hehe. Yelah ditangguhkan bukan dibatalkan..


Empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini semalam bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuat kuasa Khamis ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.

“Setelah mengadakan perundingan dengan empat syarikat telekomunikasi utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuat kuasa seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Perbincangan membabitkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu, semalam.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly; CEO Kumpulan, Digi Henrik Clausen; CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee.

Pengguna telefon bimbit prabayar Khamis lalu dikejutkan dengan pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini.

Berikutan pengumuman itu, banyak pihak termasuk persatuan pengguna membantah langkah itu dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana hanya membebankan rakyat terutama pelajar.

Rais juga berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

“Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian mengenai isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik untuk mengenakan cukai perkhidmatan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya,” katanya.

Beliau berkata, semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.

Rais berkata, bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan itu. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Caj 6 peratus ditangguhkan, caj perkhidamatan ditangguhkan, cukai perkhidmatan ditangguhkan, Caj 6 peratus dibatalkan, cukai prepaid, top-up prepaid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...