Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Thursday, September 29, 2011

Safee masuk Cardiff...

Safee sali telah berjaya mengharungi latihan di Cardiff City. Peluang Safee nampak cerah untuk bermain di Cardiff kerana pretasi yang ditunjukkan semasa latihan. Tapi sekarang bergantung kepada pengurusan Cardiff sama ada hendak menerima Safee atau tidak.

Apa pun syabas kepada Safee yang telah selamat pulang ke tanah air. Semoga beliau berjaya dalam urusannnya.. Malaysia Boleh!!!


Penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali pulang ke tanah air semalam dengan keyakinan yang tinggi selepas mengharungi latihan hampir dua minggu di kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City.

Walaupun belum mendapat jawapan muktamad, Safee mengakui dia tidak kisah sama ada diterima atau tidak oleh Cardiff.

Sebaliknya Safee melahirkan keazaman baru bahawa dia kini bersedia memburu tempat dalam kelab-kelab yang beraksi dalam liga elit sekitar Eropah atau Asia.

"Bermain di Cardiff merupakan pengalaman paling berharga.

"Memang terdapat peningkatan dalam permainan saya sepanjang di sana, perbezaan terutama ialah dari segi kepantasan.

"Selepas latihan dua minggu, memang saya rasa boleh bersaing dengan pemain-pemain di sana.

"Saya tiada masalah menyesuaikan diri dengan cuaca, harap-harap ada perkembangan positif daripada pihak pengurusan di sana.

"Namun jika saya tidak terpilih, tiada masalah besar buat saya sebaliknya saya bersedia mencuba nasib beraksi di mana-mana kelab lain di luar negara sama ada di Eropah atau Asia selepas ini kerana saya sudah mula yakin dengan persembahan saya," katanya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam setelah selesai menjalani latihan di Cardiff City.

Tambah Safee, selama dua minggu di Cardiff, ia masih belum mencukupi buatnya menyerlahkan potensi sebenar dan berharap bakal diberi peluang kedua.

"Memang kalau diikutkan, masih belum puas buat saya masa di sana kerana belum mengharungi perlawanan persahabatan, jurulatih (Malky Mackay) hanya melihat kemampuan saya dalam sesi latihan sahaja," katanya.

Bakal menyertai latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM menjelang perlawanan persahabatan dengan Australia di Canberra pada 7 Oktober depan, Safee akan pulang ke Pelita Jaya pada 9 Oktober ini. - Utusan.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Google: Safee dapat tawaran cardiff, status safee di cardiff, gambar latihan safee di cardiff, safee cemerlang di cardiff,

1 comment:

  1. kalau betul2 handal tak mustahil real madrid pun sibuk nakkan si safee ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...