Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, August 15, 2011

Pengalaman di Kota Makkah al-Mukarramah

Masjidil Haram

Salam...pada 1 Ogos 2011 aku menjejakkan kaki ke Kota Makkah. Perjalanan Dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 5 hingga 6 jam. Lebih kurang jam 6 petang aku sampai ke kota suci mekah dengan berihram (bermiqat di Masjid Bir Ali)

Hari tu juga adalah hari puasa yang pertama. Disebabkan sampai hampir waktu berbuka, maka tawaf/saie dilakukan selepas berbuka puasa. Memang sangat ramai umat Islam mengerjakan ibadah di Masjidil Haram. Sememangnya indah dan tenang apabila berada di Masjidil Haram. Masjidil Haram dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi yang moden dan cantik.

Masjidil Haram

Masjid al-Haram atau Masjidil Haram adalah masjid paling suci dan mulia. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin ).

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Dalam Kawasan Masjidil Haram:

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.


Hajarul Aswad

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi.



Hijir Ismail

Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".
Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.



Telaga Zam Zam

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban." Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.



Tawaf mengelilingi Kaabah

Bukit Safa

Saie

Masjidil Haram
Masjidil Haram

Semoga kami dijemput semula ke Kota Makkah al-Mukarramah. Amin...


~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: Makkah al-mukarramah, gambar Makkah al-mukarramah, foto Makkah al-mukarramah, gambar mekah, gambar kota mekah, video Makkah al-mukarramah, tempat indah Makkah al-mukarramah, lokasi Makkah al-mukarramah, lokasi kota makkah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...